awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS mahu perkhidmatan penstriman bayar lebih untuk karya muzik

Agensi
Agensi
28/01/2018
10:00 MYT
AS mahu perkhidmatan penstriman bayar lebih untuk karya muzik
Persatuan Penerbit Muzik Kebangsaan (NMPA) berkata keputusan ini akan memerlukan syarikat penstriman memberikan 15.1 peratus pendapatan mereka kepada penulis lagu dan penerbit muzik. - Foto: unsplash.com
PENGUATKUASA hak cipta Amerika Syarikat (AS) telah memutuskan untuk meningkatkan pembayaran royalti oleh syarikat perkhidmatan penstriman seperti Spotify dan Apple Inc kepada penulis dan penerbit muzik.
Lembaga Hakcipta di bawah Kongres Perpustakaan AS mengeluarkan keputusan secara bertulis untuk mengubah formula yang menentukan peratusan yang perlu dibayar kepada pencipta dan penerbit syarikat berdasarkan pendapatan syarikat perkhidmatan penstriman.
Persatuan Penerbit Muzik Kebangsaan (NMPA) berkata keputusan ini akan memerlukan syarikat penstriman memberikan 15.1 peratus pendapatan mereka kepada penulis lagu dan penerbit muzik.
Kadar sebelum ini hanya 10.5 peratus.
Lembaga yang terdiri daripada tiga hakim itu telah mengadakan perbicaraan terhadap kumpulan peniaga yang menguasai industri penstriman termasuk Spotify, Apple, Alphabet Inc, Pandora Media Inc dan Amazon.com Inc, yang menentang cadangan untuk meningkatkan kadar tersebut.
"Ini merupakan senario terbaik bagi penulis lagu dalam sejarah AS, dan juga sangat kritikal memandangkan industri penstriman interaktif ini terus menguasai pasaran," kata Ketua Eksekutif NMPA, David Isrealite.
Sementara itu, wakil dari Apple, Alphabet, Spotify dan Amazon belum memberi sebarang respons ketika diminta untuk mengulas tentang keputusan baharu ini.
Syarikat perkhidmatan penstriman ini perlu membuat bayaran yang dinamakan 'lesen mekanikal' setiap kali ada yang mendengar senarai lagu mereka.
Yuran lesen ini biasanya dibayar kepada syarikat penerbitan seperti Sony/ATV Music Publishing yang akan mengutip bayaran bagi pihak artis dan akan mendapat komisyen.
Undang-undang AS menetapkan Lembaga Hakcipta untuk menentukan kadar bagi lesen mekanikal ini dan tidak membenarkan penerbit untuk berunding dengan syarikat perkhidmatan penstriman ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Apple
#AS
#hakcipta
#music
#muzik
#royalti
#Spotify
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan