KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM230 juta pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof Madya Azrin Ahmad Mohd Adnan berkata jumlah itu meningkat sebanyak 15 peratus berbanding RM205 juta pada tahun 2021.
Menurut Azrin Ahmad, peningkatan kadar kutipan itu bagi menampung keperluan kira-kira 21,187 orang asnaf, fakir dan miskin di seluruh Terengganu.
“Kita tingkatkan kutipan zakat pada tahun ini kerana kita menyasarkan peningkatan sebanyak 15 peratus. Jadi kalau tahun 2021 itu ada peningkatan sebanyak 10.8 peratus, tetapi untuk tahun 2022 ini kita menyasarkan peningkatan 15 peratus.
“Jadi melihat kepada perkembangan ekonomi itu kita yakin insyaAllah kita akan dapat capai. Ini penting, kutipan ini perlu ditingkatkan kerana kita dapati bahawa terdapat keperluan yang semakin meningkat terutamanya dalam kalangan asnaf, fakir dan miskin,” katanya sewaktu hadir di kaunter zakat pandu lalu di Kompleks Sri Iman di sini hari ini.
Tambahnya lagi, bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini sebanyak RM51 juta kutipan zakat telah direkodkan.
Menerusi jumlah itu sebanyak RM48.1 juta iaitu 96 peratus telah diagihkan kepada golongan memerlukan.
Astro Awani
Mon Apr 18 2022

Azrin Ahmad membantu pembayar zakat fitrah yang menggunakan perkhidmatan kaunter zakat pandu lalu di Kompleks Sri Iman di Kuala Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.
17,241 kenderaan perdagangan diperiksa dalam 4 hari
Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa bagi tempoh empat hari Op Khas Kenderaan Perdagangan dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman seluruh negara.

Wujud kelemahan dalam pengurusan JAIM, MSSB dan MCL - LKAN
LKAN Tahun 2021 siri 2 dalam laporan pengauditan pematuhan jabatan/agensi negeri Melaka mendapati, terdapat kelemahan dari aspek bayaran terhadap perkhidmatan kawalan keselamatan JAIM.

UNHCR bantu lebih 1.5 juta pelarian menerusi dana sadaqah dan zakat
Dana zakat dan sadaqah agensi itu masing-masing menerima AS$21.4 juta dan AS$16.7 juta dalam bentuk sumbangan.

Dakwaan penyelewengan zakat MAINS: SPRM buka semula kertas siasatan
SPRM membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd.

Penerima zakat di Melaka meningkat 20.1 peratus kepada 10,060 orang
Kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan PKP adalah antara sebab peningkatan penerima zakat berkenaan.

LZS galak orang ramai bayar zakat secara bulanan
Buat masa ini sekitar 65,000 keluarga asnaf menerima bantuan zakat daripada LZS secara bulanan.

Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 lestarikan hala tuju bantu golongan asnaf
MAIWP telah menggariskan pelbagai inisiatif menerusi Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf.

'Kadang dua minggu terputus bekalan makanan' - Suri rumah jaga suami strok, anak OKU
Zawani menambah perbelanjaan untuk menyediakan lampin pakai buang Muhammad Hiqbal sahaja mencecah sehingga RM1,500 sebulan.

KKAIMB sumbang RM50,000 bantu asnaf di Pulau Pinang
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai sumbangan zakat kepada 250 asnaf di seluruh Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

UMT agih sumbangan zakat RM1.3 juta kepada pelajar
Sumbangan itu disalurkan melalui skim bantuan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam Sultan Mahmud.

MAIDAM Terengganu sasar kutipan zakat RM230 juta tahun ini
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM230 juta pada tahun ini.