Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan memperkenalkan Sistem Jaminan Kualiti Tahfiz Johor (JQTA) bagi mengawal mutu institusi tahfiz di negeri ini.
Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ), Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata pihaknya akan bersama MAIJ bagi memantau sistem itu.
"Sistem JQTA berada di bawah bidang kuasa MAIJ dan kita akan membantu dari segi pemantauan serta pelaksanaan sistem tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Kerjasama Wakaf antara MAIJ dan IASWJ dengan Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Mutaqqin di Bukit Pasir, di sini malam tadi.
Majlis itu dirasmikan Penasihat MAIJ, Datuk Nooh Gadut.
Abdul Razak berkata Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) pula diberi tanggungjawab untuk membangunkan sistem itu dari segi kurikulum, pengurusan fasiliti dan kewangan bagi melahirkan institusi tahfiz berkualiti tinggi.
Beliau berkata Johor mempunyai kira-kira 300 buah madrasah, namun, tidak semua menjaga kualiti dan menggunakan modul-modul yang berbeza.
Katanya, Johor merupakan negeri pertama yang melaksanakan sistem tersebut sama seperti yang dipraktikkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk memantau universiti-universiti di negara ini.
"Sistem ini seakan-akan pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kepada universiti di Malaysia, namun, JQTA yang digunakan untuk menilai madrasah tahfiz adalah yang pertama di negara ini.
"Ini bermakna, selepas ini mana-mana madrasah tahfiz yang tidak mendapat kelayakan daripada MAIJ menerusi JQTA tidak akan diberi lesen untuk beroperasi dan mungkin tidak layak menerima bantuan daripada kerajaan," katanya.
Beliau berkata Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Mutaqqin yang diwakafkan kepada MAIJ dan IASWJ menjadi madrasah pertama yang akan melaksanakan sistem JQTA.
Bernama
Sun Jul 03 2016
Johor mempunyai kira-kira 300 buah madrasah, namun, tidak semua menjaga kualiti dan menggunakan modul-modul yang berbeza. - Gambar hiasan
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Trend hantar anak ke pusat tahfiz: Usia terlalu muda kurang sesuai
Pada usia enam atau tujuh tahun, anak-anak ini masih memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa dan kebanyakannya masih belum mampu menguruskan diri sendiri dengan baik.
4 model kurikulum dirangka untuk tambah baik pendidikan tahfiz - Asyraf
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata inisiatif tersebut digerakkan kerana kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan tahfiz di negara ini perlu ditambah baik.
MAIJ perkenal sistem JQTA kawal kualiti institusi tahfiz
Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ), Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata pihaknya akan bersama MAIJ bagi memantau sistem itu.