awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat

Bernama
Bernama
09/03/2025
20:45 MYT
MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
Tengku Temenggong Kelantan (dua, kanan) menyaksikan golongan asnaf yang menerima sumbangan hari raya dan bakul makanan sempena Majlis Iftar dan Apresiasi Pembayar Zakat, di Kota Bharu, pada Ahad. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.
Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kejayaan itu terbukti apabila MAIK menerima Anugerah Zakat Kebangsaan 2024 bagi kategori Inovasi Zakat Terbaik (Agihan) menerusi sistem e-Agihan.
"Pembangunan sistem ini selari dengan perkembangan teknologi semasa dan inovasi pendigitalan yang menyebabkan permohonan bantuan zakat MAIK meningkat.
"Keadaan ini bukan sahaja memudahkan urusan permohonan, semakan dan kelulusan bantuan, malah mempercepatkan tempoh pemprosesan menerusi penyediaan platform dalam talian," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar dan Apresiasi Pembayaran Zakat Tahun 2024 di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, di sini, pada Ahad.
Terdahulu, seramai 30 orang asnaf menerima bakul makanan dan sumbangan raya sebagai usaha meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.
Tengku Temenggong Kelantan turut menegaskan komitmen MAIK dalam mengagihkan wang zakat secara maksimum setiap tahun kepada golongan yang layak, termasuk di seluruh Kelantan.
Beliau berkata, kutipan zakat tahun lalu mencatat sejarah baharu dengan peningkatan 15 peratus, mencecah lebih RM269 juta dalam pengagihan kepada asnaf.
Katanya, peranan imam masjid di peringkat negeri, bandar, jajahan dan mukim yang proaktif turut membantu menyelesaikan permasalahan jemaah serta golongan kurang berkemampuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#MAIK
#zakat
#e-Agihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan