MELAKA: Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM13.1 juta tahun ini bagi membantu golongan mualaf dengan menyediakan pelbagai bantuan dan sumbangan.
Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Md Rawi Mahmud berkata ia meliputi bantuan seperti pendidikan, kebajikan, bantuan makanan bulanan, perubatan, bantuan anak-anak mualaf dan sebagainya.
"Bagi tahun ini jumlah peruntukan juga meningkat berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM8 juta... ini seiring dengan kos sara hidup yang semakin tinggi di samping meringankan beban mereka.
Beberapa jenis bantuan juga ditingkatkan nilainya seperti bantuan bulanan makanan daripada RM200 kepada RM250 dan elaun sara diri anak-anak mualaf di pusat pengajian tinggi daripada RM400 kepada RM600 sebulan," katanya kepada pemberita di Kota Laksamana di sini pada Ahad.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Apresiasi Mualaf Negeri Melaka yang turut dihadiri Setiausaha MAIM Muhammad Ikram Ibrahim dan Pengurus Baitulmal MAIM Hairulamin Mohd Sis.
Pada majlis itu seramai 126 pelajar Kelas Fardhu Ain Mualaf (KAFAF) dari pelbagai tahap diraikan atas kejayaan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Md Rawi berkata seramai 2,483 mualaf direkodkan di Melaka sejak 2010.
Dalam pada itu beliau berkata MAIM juga komited membantu golongan mualaf untuk mendalami ilmu agama dengan menyediakan 18 kelas KAFAF pelbagai tahap menerusi Balai Islam Melaka di seluruh negeri.
"Sehingga kini terdapat seramai 205 pelajar mualaf dalam Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (30 pelajar) dan Jasin (70 pelajar)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023
Md Rawi (depan, dua, kiri) ketika hadir pada Majlis Apresiasi Mualaf Negeri Melaka di Kota Laksamana pada Ahad. - Facebook Majlis Agama Islam Melaka
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Melaka wujudkan dua kaedah bayar zakat fitrah
MAIM bersetuju menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri itu tahun ini pada kadar RM7 dan RM14, berdasarkan jenis beras.