MALAYSIA
Maimunah tamat tugas Datuk Bandar KL, bangga pelbagai inisiatif warnai transformasi
Maimunah juga mendedahkan tidak pernah mengambil cuti sepanjang lebih 500 hari memegang jawatan itu, malah jadual kerjanya sering berlarutan hingga awal pagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif menamatkan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan menggariskan beberapa pencapaian utama yang membentuk semula landskap pembangunan, tadbir urus dan digitalisasi di ibu negara.
Ringkasan AI
Beliau menyifatkan pencapaian terbesarnya ialah pewartaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) pada 28 Mei 2025, yang merupakan reformasi perancangan bandar paling penting dalam satu dekad.
"PTKL2040 bukan sekadar pelan, tetapi asas kepada bandar yang lebih tersusun, bersifat inklusif, dan berdaya tahan.
"Sepanjang tempoh ini, saya sendiri mengetuai semakan ke atas lebih 60 projek pembangunan agar selaras dengan prinsip kemampanan, mobiliti, perlindungan warisan dan peningkatan kualiti hidup," katanya dalam sidang media Majlis Lambaian Kasih Datuk Bandar ke-15 di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Jumaat.
DBKL turut berjaya mencatat lebihan operasi buat pertama kali dalam lebih 10 tahun hasil pembaharuan tadbir urus dan kewangan.
"Ini bukan pencapaian kecil, ia membuktikan bahawa reformasi yang saya perkenalkan melalui pendekatan perbelanjaan berhemah, value-for-money, Centralized Contract Management System dan Procurement Integrity Framework memberi kesan nyata kepada kecekapan pentadbiran," katanya lagi.
Dalam sidang media itu, Maimunah juga mendedahkan tidak pernah mengambil cuti sepanjang lebih 500 hari memegang jawatan itu, malah jadual kerjanya sering berlarutan hingga awal pagi.
“Saya masuk kerja pagi, balik malam. Kalau lihat saya punya kad perakam kehadiran, tak ada satu hari pun saya pulang 5 petang, biasanya saya pulang jam 8 atau 10 malam," ujarnya.
Maimunah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2024, namun perkhidmatannya dipendekkan setahun lebih awal bagi memulakan tugas sebagai Penasihat Hartanah PETRONAS bermula Isnin depan.
Tempat Maimunah digantikan Datuk Fadlun Mak Ujud yang akan memulakan perkhidmatan esok.
Ringkasan AI
- Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, menamatkan tugas dengan menonjolkan pencapaian utama termasuk pewartaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) yang menyumbang kepada pembangunan bandar dan inklusiviti.
- DBKL mencatat lebihan operasi pertama kali dalam lebih 10 tahun berikutan pembaharuan tadbir urus dan kewangan yang diperkenalkan oleh Maimunah, menunjukkan kesan positif ke atas kecekapan pentadbiran.
- Maimunah tidak pernah mengambil cuti sepanjang lebih 500 hari memegang jawatan Datuk Bandar, menunjukkan komitmen beliau yang tinggi terhadap tanggungjawab tersebut.