awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mainan politik dan media mengetengahkan konflik semasa'

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2013
14:28 MYT
'Mainan politik dan media mengetengahkan konflik semasa'
Mainan politik dan media yang banyak mengetengahkan konflik semasa mengenai perbezaan kaum dilihat sebagai punca tahap perpaduan negara masih rendah.
Demikian pandangan Felo Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mansor Mohd Noor yang berpendapat cerita-cerita mengenai kedamaian antara kaum sepatutnya diberi tumpuan dan bukan menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.
Dr Mansor berkata, kadang kala rakyat gagal untuk memahami hubungan etnik kerana didedahkan dengan sentimen-sentimen bahawa hubungan ini adalah rapuh walhal menurut beliau, sesetengah rakyat yang lantang bersuara ini hanya ingin menceritakan bahawa mereka rasa terabai, bukannya satu provokasi.
Sementara itu, Prof Datuk Dr Teo Kong Seong yang juga merupakan Felo KITA-UKM berkata, harapan rakyat untuk mendapatkan tahap perpaduan 100 peratus tidak akan berlaku sambil menambah rakyat masih berpendapat tahap perpaduan negara adalah tidak memuaskan.
“Apa yang ada sekarang ialah kesepaduan sosial dan inilah tahap perpaduan yang sudah dicapai negara setakat ini. Benar masih terdapat ruang untuk memperbaikinya,” ujar beliau.
Dr Teo menegaskan bahawa saluran pendidikan adalah penting bagi memupuk dan kemudiannya membina perpaduan yang utuh dan ia perlu bermula dari tahap persekolahan.
Walaupun terdapat sesetengah pihak yang mahu menghapuskan sekolah vernakular, Dr Teo beranggapan bahawa ia agak sukar kerana terdapat segelintir yang tidak bersetuju dengan keuputusan ini.
“Buat masa ini, kita perlu memanfaatkan sistem persekolahan yang sedia ada dalam memupuk perpaduan. Seperti pepatah Melayu, ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’,” tambah Dr Teo.
Dr Mansor dan Dr Teo berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam Buletin Awani 7:45 yang membincangkan mengenai memahami cabaran perpaduan rakyat.
Topic Berkaitan
#AWANI 745
#Dr Mansor Mohd Noor
#Dr Teo Kong Seong
#perpaduan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan