MALAYSIA
MAIPk teruskan agenda perkukuh ekonomi Islam melalui pembinaan Pusat Perniagaan Wakaf
Suhaimi pada sidang media ketika hadir pada Program Zakat Care Tour 1.0 bersama Ahli Lembaga Pengarah ZAPAR dan pembayar-pembayar korporat pada Selasa. - Gambar Bernama
IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) meneruskan agenda memperkukuh ekonomi umat Islam melalui inisiatif pembinaan Pusat Perniagaan Wakaf (WBC) bernilai RM400,000 di Pulai Jaya, Simpang Pulai dekat sini yang telah beroperasi sejak 1 Mei.
Ringkasan AI
Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Suhaimi Yusuf berkata, projek itu yang bermula pada 2020 mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan di atas tanah wakaf rizab Masjid Bandar Pulai Jaya.
"WBC menempatkan dua unit kedai, tiga unit bazar dan lima kios perniagaan selain direka bagi membolehkan para peniaga beroperasi dalam suasana yang lebih kondusif serta tersusun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Zakat Care 1.0 bersama Ahli Lembaga Pengarah Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) dan Pembayar-Pembayar Korporat di Taman Jati/Meru 3C, di sini, pada Selasa.
Terdahulu, Suhaimi turut menyampaikan sumbangan di bawah Skim Bantuan Perubatan kepada Nihayatul Nabilah Sabri, 25, yang menghidap penyakit strok dan jangkitan kuman dalam darah sejak Feb lepas.
Antara bantuan disampaikan melibatkan bantuan keperluan harian serta perubatan bagi meringankan beban Nihayatul Nabilah yang buat masa ini diurus oleh keluarganya.
Sementara itu, Suhaimi berkata, WBC yang diselia sepenuhnya oleh Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd (PSB) itu bertujuan membantu usahawan kecil menjana pendapatan melalui perniagaan dengan suasana yang lebih sistematik dan tersusun.
"WBC bukan sahaja menyediakan ruang perniagaan, tetapi turut berperanan sebagai pemangkin ekonomi setempat dengan memberi peluang kepada usahawan kecil berniaga dalam persekitaran yang lebih teratur, selamat dan kondusif," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, MAIPk mengalu-alukan lebih ramai umat Islam atau pihak berkepentingan untuk berwakaf demi meningkatkan pembangunan ekonomi Islam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MAIPk meneruskan agenda memperkukuh ekonomi umat Islam melalui Pusat Perniagaan Wakaf (WBC) bernilai RM400,000 di Pulai Jaya, Simpang Pulai yang telah beroperasi sejak 1 Mei untuk memberi peluang kepada para peniaga beroperasi dalam suasana yang lebih kondusif dan tersusun.
- Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Suhaimi Yusuf, menyatakan bahawa WBC bertujuan membantu usahawan kecil menjana pendapatan melalui perniagaan dalam persekitaran yang lebih teratur, selamat, dan kondusif.
- MAIPk mengalu-alukan lebih ramai umat Islam atau pihak berkepentingan untuk berwakaf demi meningkatkan pembangunan ekonomi Islam serta membantu individu seperti Nihayatul Nabilah Sabri dengan bantuan keperluan harian dan perubatan.