KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), memperuntukkan Agihan Dermasiswa berjumlah RM639,000 untuk anak negeri Perlis, yang belajar di negara Timur Tengah.
MAIPs menerusi satu kenyataan hari ini menyatakan, sejumlah RM549,000 diperuntukkan untuk pelajar di Mesir dan RM90,000 lagi, untuk mereka yang melanjutkan pelajaran di Jordan.
Kenyataan itu menyatakan, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah bertitah menasihati warga Perlis yang berada di luar negara, khususnya di lokasi-lokasi yang berisiko tinggi menghadapi gempa bumi, supaya sentiasa mengambil tahu dan membuat persiapan peribadi untuk keselamatan diri dan juga harta benda.
"Semasa berlakunya gempa bumi jangan panik, lindungi kepala daripada sebarang objek yang mungkin terjatuh, serta matikan suis utama elektrik bagi mengelakkan kebakaran dan elakkan menggunakan lif sekiranya berada di dalam bangunan," titah baginda.
Baginda yang juga Dipertua MAIPs turut menasihati, agar mereka yang berada di kawasan risiko gempa bumi untuk tidak melalui jalan-jalan atau lorong-lorong sempit, tetapi sebaliknya berkumpullah di kawasan yang lapang.
"Sekiranya seseorang itu sedang memandu, elakkan berhenti secara mendadak. Berikanlah kerjasama sepenuhnya, dalam usaha menyelamat mangsa-mangsa gempa. Pada masa yang sama juga, dapatkanlah informasi yang sahih dan boleh dipercayai sahaja," titah baginda.
Baginda bertitah, terdapat juga risiko-risiko bencana lain yang lebih hebat di luar negara seperti tsunami, taufan, siklon, kebakaran hutan, banjir lumpur, hujan batu dan pelbagai lagi, yang mesti juga diambil peduli dengan serius oleh rakyat Perlis sebagai masyarakat yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan.
Kenyataan tersebut juga menyatakan, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail juga telah berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan sumbangan MAIPs di Masjid Al-Abrar Kubang Gajah, Arau, semalam.
Hadir sama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
Tuanku Syed Faizuddin bertitah menasihati warga Perlis yang berada di luar negara khususnya berisiko gempa bumi supaya sentiasa mengambil tahu dan membuat persiapan peribadi untuk keselamatan diri. - Foto BERNAMA
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman
MAIPs memperuntukkan RM3.06 juta bagi Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman yang diagihkan menerusi kariah masjid seluruh negeri itu sepanjang tahun ini.
Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, tiga di Sarawak dan satu di Sabah merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.
Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan, antaranya, disimpan di kawasan selamat.
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.
Peralatan tangkap ikan haram bernilai lebih RM615,000 dirampas di Kedah, Perlis
1,494 unit bubu naga serta peralatan menangkap ikan haram bernilai RM615,280 dirampas dalam operasi khas dilaksanakan Jabatan Perikanan Malaysia.
Exco Perlis tidak bangkit soal peruntukan khas semasa mesyuarat - Tiong
Tiong berkata, Wan Badariah juga tidak menyatakan hasrat kerajaan negeri menjayakan Tahun Melawat Perlis sepanjang program berlangsung.
MOTAC tidak pernah anak tirikan Perlis - Khairul Firdaus
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang.
Perlis wajib papan tanda tulisan jawi bermula 1 Februari
Kerajaan Perlis mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan di seluruh negeri itu bermula 1 Februari hadapan.
14 PEDi di Perlis mudahkan rakyat mendaftar PADU
Jabatan Perangkaan (DOSM) Perlis membuka kaunter Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di 14 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Perlis secara berjadual untuk memudahkan penduduk di negeri itu membuat pendaf