SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik tauliah mengajar penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi di Selangor.
Perkara itu dikongsikan penceramah berkenaan menerusi kemas kini di Instagram abdullahkhairi_official pada Khamis.
Beliau turut menyertakan lampiran surat penarikan tauliah mengajar tersebut bertarikh 3 Oktober 2023.
Menerusi surat berkenaan, MAIS memutuskan untuk menarik balik tauliah mengajar yang dikeluarkan sebelum ini berdasarkan Subseksyen 118 (3) Enekman Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan perenggan 17 (c) dan (e) Peraturan Bil 3/2023 yang bersidang pada 27 September 2023.
"Sehubungan itu, pihak tuan hendaklah berhenti daripada menjalankan sebarang ceramah umum atau mengajar apa-apa perkara tentang Islam di Selangor berkuat kuasa penarikan tauliah berkenaan.
"Pihak tuan juga perlu menyerahkan kad identiti tauliah kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau bahagian dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini," menurut surat MAIS.
Menerusi surat tersebut, MAIS turut mengingatkan penceramah tersebut mematuhi arahan ditetapkan atau berdepan tindakan di bawah Seksyen 119 Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 jika didapati mengajar agama atau ceramah selepas penarikan tersebut.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan MAIS turut menarik tauliah mengajar Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar.
Mohamed Sukri berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi berhubung perkara itu dan patuh dengan arahan tersebut.
Menurutnya, pengalaman selama 11 tahun mengajar di masjid dan surau di Selangor akan diteruskan dengan menggunakan medium lain yang lebih luas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 05 2023
Penceramah berkenaan berkongsi mengenai perkembangan itu menerusi kemas kini di Instagram abdullahkhairi_official pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Borneo [27/04/2024] - Peruntukan RM60 juta | GPS tumpu Sarawak | Risiko hilang kerusi
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 27 April 2024
Tertangguh lama, SMK Sebuyau bakal berwajah baharu
Sah! GPS tidak terlibat kempen PRK Kuala Kubu Bharu
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 27 April 2024
Tertangguh lama, SMK Sebuyau bakal berwajah baharu
Sah! GPS tidak terlibat kempen PRK Kuala Kubu Bharu
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
#AWANInews
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
Kedai pertama U Mobile di Sabah terletak di Imago Shopping Mall dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti talian pra bayad dan pasca bayar U Borneo.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk NIzam Abu Bakar Titingan berkata MoU antara PBS dan STAR bagi mengelakkan kehilangan kerusi sepertimana yang berlaku dalam PRN16.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK KKB: GPS tidak akan terlibat kempen - Fadillah
Ketua Whip GPS yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan gabuingan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRk Kuala Kubu Bharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
1,000 peluang pekerjaan bakal dinikmati penduduk Tongod
Sebuah kilang simen bernilai RM1.2 bilion akan dibina di Penangah, Tongod, Sabah sekali gus mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS
MAIS yakin RUU 2024 yang diluluskan pada persidangan DUN pada Khamis, dapat menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.
Sultan Selangor titah masjid, surau sedia penyata kewangan tahunan beraudit
Pengurusan perolehan juga perlu diurus dengan tatakelola yang betul agar tidak melibatkan ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa, titah baginda.
Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil
Mahkamah Rayuan mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan MAIS meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama Raguram di mahkamah sivil.
Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS
Titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.
MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik tauliah mengajar penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi di Selangor.
MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail
MAIS hari ini menafikan kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun media sosial Facebook, Ahmad Shuaib Ismail, semalam, yang mempunyai unsur fitnah dan boleh menjatuhkan imej MAIS.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.