awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIWP agih RM51,000 wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy demi pendidikan ummah

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
08/07/2022
07:21 MYT
MAIWP agih RM51,000 wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy demi pendidikan ummah
Majlis penyerahan replika cek Bantuan Pendidikan Manfaat Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy MAIWP pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Pusat Wakaf MAIWP dan Bank Islam Malaysia berhad (BIMB) hari ini mengagihkan RM51,000 Bantuan Pendidikan Manfaat Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy (ADD) secara one-off kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Wilayah Persekutuan.
Bantuan tersebut melibatkan seramai 100 pelajar asnaf, fakir, miskin dan B40, dan mereka akan menerima antara RM300 sehingga RM1,000 mengikut peringkat pengajian masing-masing.
Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, pengagihan tersebut juga selaras hasrat Allahyarham ADD yang ingin mewakafkan hartanya kepada MAIWP bagi tujuan pendidikan.
“Ini merupakan satu manifestasi yang kita akan buat setiap tahun dan kita akan cuba lihat bagaimana boleh menjana aset wakaf ini supaya memberikan pulangan lebih banyak supaya dapat disebar luas manfaat wakaf Allahyarham kepada seramai mungkin penerima yang berhak di kawasan Kuala Lumpur ini.
"Saya berterima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Wakaf ADD, Zainal Abidin Shaik Zakaria kerana melihat dari segi perundangan, pengurusan, pelaburan dan sebagainya.
“Hal ini demikian kerana aset wakaf sangat sensitif, fragile dan vulnerable kepada banyak perkara dan berharap jawatankuasa ini dapat mengurus menjana dan menambah baik pulangan hasil wakaf pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pengagihan Manfaat Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy MAIWP, di Menara Imarah Wakaf, Bank Islam.
Turut hadir Ahli MAIWP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Wakaf Allahyarham ADD, Zainal Abidin Shaikh Zakaria; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya dan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd Muazzam Mohamed.
Dalam pada itu turut dilancarkan Program Jelajah Kewangan Sosial Islam Peringkat Wilayah Persekutuan dengan kerjasama strategik Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM), MAIWP, JAWI, Pusat Wakaf MAIWP dan PPZ-MAIWP.
Ia bakal memberi pendedahan serta galakan kepada masyarakat mengenai kewangan sosial Islam melibatkan instrumen zakat, sedekah dan wakaf yang dapat memberikan impak terhadap pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan.
Topic Berkaitan
#MAIWP
#Ahmad Dawjee Dadabhoy
#pendidikan
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan