awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIWP persiap pelajar asnaf dengan akademik, sahsiah terpuji

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
31/10/2021
04:48 MYT
MAIWP persiap pelajar asnaf dengan akademik, sahsiah terpuji
Mohd Daud berkata, program AMG MAIWP-YASA akan mengguna pakai pendekatan yang mampu meningkatkan kemahiran pelajar secara holistik. - Foto MAIWP
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) komited membantu pelajar asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi program Akademi Menara Gading (AMG).
Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, program tersebut memfokuskan kepada aspek akademik dan pembentukan interpersonal atau sahsiah sebagai persiapan mereka sebelum melanjutkan pengajian di universiti atau sekolah berasrama penuh.
“Program ini adalah projek emas di MAIWP, kerana kami sudah lama mencari solusi untuk mempercepatkan proses transformasi masyarakat luar bandar, terutama asnaf untuk berjaya dalam pendidikan.
“Ini akan memberikan pendedahan secara langsung, iaitu diadakan pada setiap hujung minggu melibatkan pelbagai aktiviti, seperti kem motivasi, lawatan dalam dan luar negeri sekiranya berkesempatan.
“Ini bagi memastikan segala halangan pembelajaran dapat diatasi dan memastikan kejayaan anak-anak asnaf ini,” katanya pada pelancaran program AMG MAIWP-YASA di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, pada Sabtu.
Pelancaran program AMG MAIWP-YASA di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, pada Sabtu. - Gambar MAIWP
Pelancaran program AMG MAIWP-YASA di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, pada Sabtu. - Gambar MAIWP
Dalam pada itu, kata Mohd Daud, program tersebut juga akan mengguna pakai pendekatan yang mampu meningkatkan kemahiran pelajar secara holistik.
“Untuk mencapai kejayaan ini, AMG melaksanakan pelbagai aktiviti menggunakan pendekatan “Multiple Integrated Intervension Modules” dalam tempoh tersebut.
“Ini bertujuan meningkatkan motivasi, kemahiran insaniah, nilai-nilai keagamaan, patriotisme, kempimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan. Selain itu, ia diisi dengan program mobiliti dalam dan luar negara di samping program bimbingan untuk ibu bapa peserta,” ujarnya.
Bermula Ogos lalu, lebih 50 pelajar asnaf sesi 2021/2022 mengikuti program tersebut dan dijangka tamat setelah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan penilaian sekolah rendah.
Sehingga kini, MAIWP sudah mempunyai 14 buah institusi pendidikan dari prasekolah hingga pengajian tinggi termasuk warga emas, yang bertujuan memberi peluang pendidikan berterusan selain akan terus menyantuni mereka melalui dana zakat.
AMG MAIWP-YASA | Persiap pelajar asnaf dengan akademik dan sahsiah
Topic Berkaitan
#MAIWP
#YASA
#AMG
#golongan asnaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan