MALAYSIA
MAIWP peruntuk RM1.6 bilion perkukuh agenda kebajikan, pembangunan ummah pada 2026
Mohd Na'im ketika sidang media Bajet Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Menara MAIWP, Kuala Lumpur, 9 Dis 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 bilion bagi mengukuhkan agenda kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan menerusi Bajet MAIWP 2026.
Ringkasan AI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata MAIWP menumpukan dua fokus utama dalam perbelanjaan agihan kepada asnaf iaitu kesejahteraan dan pemberdayaan asnaf serta pemerkasaan pendidikan ummah melibatkan keseluruhan RM1.354 bilion.
Beliau berkata bagi kesejahteraan dan pemberdayaan asnaf, sebanyak RM1.157 bilion diperuntukkan bagi agihan meliputi kluster kebajikan, perlindungan, perubatan, pembangunan ummah dan asnaf, wakalah dan zakat bahagian Amil.
Sementara bagi pemerkasaan pendidikan, RM197.22 juta disediakan bagi kluster pendidikan serta institusi pendidikan dan kebajikan.
"Bajet MAIWP 2026 memberikan tumpuan secara menyeluruh kepada usaha memperkukuh kesejahteraan asnaf melalui penyediaan keperluan asas serta pelaksanaan program pembangunan yang holistik bagi meningkatkan taraf hidup mereka, sama ada dari segi sosial mahupun kerohanian.
"Pada masa sama, MAIWP turut memberikan penekanan besar terhadap aspek pendidikan anak-anak asnaf bermula dari peringkat awal hingga ke menara gading agar mereka berpeluang mencapai potensi terbaik dan menjadi ejen perubahan kepada keluarga masing-masing," katanya pada sidang media Bajet MAIWP 2026 di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata MAIWP memperuntukkan RM250.7 juta bagi perbelanjaan mengurus merangkumi aktiviti operasi dan pengurusan MAIWP dan RM73.65 juta dana bagi tujuan pembangunan merangkumi aktiviti fizikal pembangunan hartanah, pembelian aset dan pelaburan yang dapat memberi kesejahteraan kepada ummah.
Beliau berkata Bajet MAIWP 2026 bertemakan "Kesejahteraan Ummah" digubal secara berhemah dan realistik dengan tumpuan untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan terbaik kepada rakyat, selain tiada pengurangan program atau inisiatif.
Mohd Na'im berkata peruntukan perbelanjaan yang besar itu mengambil kira keadaan ekonomi semasa serta isu miskin bandar khususnya di Wilayah Persekutuan yang menjadi keutamaan MAIWP.
"Pendapatan isi rumah semasa yang tidak setimpal dengan kenaikan kos perbelanjaan isi rumah memberikan kesan signifikan kepada kelangsungan hidup masyarakat khususnya golongan dalam kalangan asnaf di Wilayah Persekutuan," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata pendapatan MAIWP bagi 2026 dianggarkan berjumlah RM1.7 bilion, meningkat 9 peratus berbanding anggaran pendapatan MAIWP pada tahun ini yang berjumlah RM1.5 bilion.
Beliau berkata MAIWP telah menyasarkan kutipan zakat berjumlah RM1.37 bilion pada tahun depan, selain pendapatan daripada aktiviti sewaan, yuran pengajian, pelaburan dan geran daripada Kementerian Kewangan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) peruntukkan RM1.6 bilion untuk agenda kebajikan, pendidikan, dan pembangunan masyarakat Islam.
- Fokus peruntukan termasuk kesejahteraan dan pemberdayaan asnaf serta pemerkasaan pendidikan ummah, dengan RM1.354 bilion diperuntukkan bagi aspek ini.
- Bajet MAIWP 2026 memberikan penekanan kepada peningkatan taraf hidup asnaf melalui bantuan kebajikan dan pendidikan, serta menangani isu miskin bandar di Wilayah Persekutuan.