Majikan jangan lihat cuti bersalin, pusat jagaan satu bebanan - Hannah Yeoh

Azyyati Ahmad
Julai 6, 2018 13:19 MYT
Hannah juga bersetuju dengan twit netizen yang mahu majikan syarikat swasta turut melihat penyediaan pusat jagaan kanak-kanak dapat membantu kehidupan pekerja-pekerjanya.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh menyeru agar semua majikan tidak melihat cuti bersalin dan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat sebagai satu bebanan.
Dalam masa yang sama, Hannah berkata, sebuah negara yang sihat adalah apabila dapat menyediakan yang terbaik buat anak-anak.
Hannah berkata demikian dalam twitnya, yang turut disokong ramai terutamanya golongan wanita.

To all employers out there, don't view maternity leave & childcare facility as a burden. A healthy nation is made of these, when we give our children (our greatest asset) the best we can afford.

— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) July 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hannah juga bersetuju dengan twit netizen yang mahu majikan syarikat swasta turut melihat penyediaan pusat jagaan kanak-kanak dapat membantu kehidupan pekerja-pekerjanya.

Ini realiti https://t.co/ZR3xKLVDFi

— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) July 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam twit terbarunya juga, Hannah memuji sikap proaktif Timbalan Menteri Pertanian Sim Tze Tzin dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim yang membuat pemeriksaan di pusat jagaan kanak-kanak di kementerian masing-masing.

Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang baru @scheekeong @simtzetzin proaktif memeriksa childcare di Kementerian masing-masing pic.twitter.com/EIiFxcQU5E

— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) July 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hannah hari ini mengumumkan bahawa semua agensi kerajaan akan dilengkapi dengan pusat penjagaan kanak-kanak berkuatkuasa 1 Januari 2019.
Anggota Parlimen Segambut itu turut memaklumkan bahawa pada masa ini terdapat hanya 205 pejabat kerajaan dan 52 di bawah sektor swasta yang dilengkapi dengan pusat penjagaan kanak-kanak.
Ia susulan kematian adik Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif di rumah pengasuhnya di Batu Caves pada Selasa.
#Hannah Yeoh #Kanak-kanak #Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat #Parlimen #pusat jagaan kanak-kanak #wanita