awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
Anwar, Haluk bincang usaha kukuh pertahanan Malaysia-Turkiye
FPA kecam sekatan media Israel ke Gaza, bawa isu ke Mahkamah Agung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan masih wajib patuh Perintah Gaji Minimum 2016

Bernama
Bernama
06/09/2018
22:08 MYT
Majikan masih wajib patuh Perintah Gaji Minimum 2016
Melalui PGM 2016 yang dikuat kuasa mulai 1 Julai 2016, kadar gaji minimum bulanan ditetapkan RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Rasinin Koutis berkata majikan di negeri ini masih perlu mematuhi Perintah Gaji Minimum (PGM) 2016 sehingga kadar baharu gaji minimum sebanyak RM1,050 atau RM5.05 sejam dilaksanakan bermula 1 Januari depan.
Beliau berkata melalui PGM 2016 yang dikuat kuasa mulai 1 Julai 2016, kadar gaji minimum bulanan ditetapkan RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Pekerjaan Sempena Kembara Kerjaya Sabah 2018 di sini, pada Khamis.
Hadir sama Pengarah JTK Sabah Kamal Pardi.
Kembara Kerjaya itu merupakan program tahunan yang keempat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah, dan pada tahun ini ia bermula di Kota Kinabalu pada 2 Sept sebelum ke Kudat (3 Sept), Kota Marudu ( 4 Sept), Ranau (5 Sept) dan berakhir di sini pada Khamis.
Sejumlah 19 majikan, enam penyelia latihan dalam pelbagai industri menyertai karnival itu untuk menawarkan sejumlah 500 kekosongan jawatan di Keningau dan sehingga jam 2 petang tadi, kira-kira 300 kekosongan jawatan yang ditawarkan telah diisi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Karnival Pekerjaan Sempena Kembara Kerjaya Sabah 2018
#Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
#Perintah Gaji Minimum
#PGM 2016
#Rasinin Koutis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan