PUTRAJAYA: Majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan perlu memberi satu hari tambahan hari kelepasan am berbayar pada 3 Feb ini kepada pekerja masing-masing kerana berlaku pertindihan antara hari kelepasan am bagi Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah Persekutuan.
Menurut kenyataan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, tambahan satu hari kelepasan am itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 600(1)(b)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).
Akta 265 memperuntuk jika mana-mana hari kelepasan am yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b) jatuh pada mana-mana hari kelepasan am dalam perenggan (a) dan (b), hari bekerja selepas hari kelepasan am tersebut hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan am berbayar sebagai ganti kepada hari kelepasan am yang pertama.
"Bagaimanapun, bagi majikan yang tidak menyenaraikan Tahun Baharu Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil, majikan hanya perlu memberikan hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah Persekutuan sahaja," menurut jabatan itu.
Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Feb yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb.
Menurut JTK, Hari Wilayah Persekutuan merupakan hari kelepasan am berbayar yang wajib diambil oleh majikan yang tempat pekerjaannya terletak dalam Wilayah Persekutuan sebagaimana diperuntuk di bawah Seksyen 60D(1)(a)(iii) akta sama.
Bagi Tahun Baharu Cina pula, jika dipilih dan disenaraikan oleh majikan sebagai hari kelepasan am di bawah seksyen 60D(1)(a), ia juga wajib diambil oleh majikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022

Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Feb yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb. - Foto BERNAMA

Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California
Azmin sebak mengenangkan pertemuan terakhir dengan Allahyarham Haron pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi.

Fenomena kepala air: Penyelamat jumpa separuh badan mangsa
Separuh tubuh manusia itu dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki pada Ahad.

PRU15 | Amanah Pulau Pinang tanding dua Parlimen, lima DUN
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad memaklumkan, pihaknya telah memutuskan untuk bertanding di dua kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sukan SEA Hanoi: Mohd Khairi sumbang emas kedua buat silat
Kejayaan itu dilakar Mohd Khairi Adib Azhar yang menundukkan Indonesia.

13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

Parlimen Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden baharu
Mohamud merupakan pencabar terdekat Mohamed, memenangi 214 daripada 327 undi.

Kes Dera | Disyaki dera anak saudara, suami isteri direman
Pasangan suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka, disyaki didera di Ipoh, Perak. Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

PRU15 | Amanah mahu tanding lebih banyak kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Mohamad Sabu.

Kluster pendidikan meningkat - Dr Noor Hisham
Jumlah kluster pendidikan COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu Minggu Epidemiologi (ME) terkini, dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.

Empat keluarga hilang tempat tinggal rumah terbakar
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 2.05 pagi sementara operasi ditamatkan pada jam 3.52 pagi.

Ini lapan iklan Tahun Baharu Cina yang perlu anda tonton, tampil keindahan perayaan di Malaysia
Kalau dulu, semuanya dipaparkan di televisyen namun kini, dengan perkembangan teknologi, banyak video tersebut boleh ditonton di media sosial dan internet.

Menteri Kabinet harap Tahun Harimau bawa kemakmuran
Tahun Harimau melambangkan kekuatan dan keberanian yang sentiasa wujud dalam kalangan Keluarga Malaysia.

June Wei ketepi 'hari raya' Cina berlatih di Dubai
Dia dijadual berlatih bersama Axelsen dan rakannya di Kompleks Sukan Nad Al-Sheba, Dubai selama kira-kira dua minggu.

Tahun Baharu Cina: Sambutan kru Shenzhou-13 di angkasa lepas
Tiga angkasawan itu menghiaskan modul teras stesen berkenaan dengan tanglung dan seni tulisan kaligrafi Chun Lian.

Kampung Kebudayaan Warisan San Sheng kembali meriah sempena Tahun Baharu Cina
Kampung Kebudayaan Warisan San Sheng, yang terletak di Tanjung Bendahara, Alor Setar bakal kembali dibanjiri pengunjung.

Ribut: Tiada makan besar, tiada 'mood' nak raya - Penduduk
Segalanya musnah dalam sekelip mata apabila rumah mereka rosak teruk akibat ribut dan 'puting beliung', petang semalam.

Tahun Baharu Cina dirai lebih awal di Argentina
Sekitar 200,000 masyarakat Cina menetap di Argentina dan perayaan tahun baru lunar itu sudah menjadi sebahagian budaya di Buenos Aires.

Lagu Tahun Baharu Cina dalam bahasa Melayu, bukti utuhnya perpaduan rakyat Malaysia
"Luar kita berbeza, hati tetap kan sama. Kita bagaikan pokok, kuat pada akarnya." - Antara lirik lagu Dong Dong Qiang.