Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik keputusan kerajaan yang mensyaratkan majikan membayar levi pekerja asing berkuat kuasa 1 Jan lepas, kerana majikan wajar bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja mereka.
Presidennya Datuk Azih Muda berpendapat levi yang perlu dibayar oleh majikan adalah bertujuan untuk merekod setiap transaksi kemasukan pekerja asing ke negara ini dan bukan untuk membebankan majikan.
"Kita tidak mahu kerajaan menanggung beban tambahan di mana sakit demam pekerja asing ini dibayar oleh kerajaan, malah ada rekod rawatan di hospital kerajaan yang tidak dibayar oleh mereka (pekerja)," kata Azih kepada Bernama.
Katanya, majikan sepatutnya memikirkan langkah yang lebih kreatif untuk menarik pekerja tempatan bekerja di sektor-sektor yang kotor, bahaya dan sukar dikenali sebagai 3D (dirty, dangerous & difficult) kerana beliau yakin ada rakyat tempatan yang mahu bekerja.
"Saya rasa mereka (majikan) tidak iklankan kekosongan jawatan yang mereka ada. Apa salahnya jika iklankan, tawar gaji yang berpatutan, saya pasti ramai yang mahukan pekerjaan tersebut," katanya.
Tambahnya, jumlah kemasukan pekerja asing di negara ini meningkat semenjak banyak sektor awam yang diswastakan sehingga menjejaskan peluang kepada rakyat tempatan untuk mendapatkan pekerjaan.
"Kita nampak sejak penswastaan berlaku, kos menggaji pekerja asing telah meningkat, sedangkan sebelum ini, kerja-kerja tersebut boleh dilakukan oleh warga tempatan.
"Sehubungan itu, saya berpandangan levi ini adalah berpatutan dan baik untuk dilaksanakan, dan pekerja asing tidak lagi menjadi liabiliti kepada kerajaan," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low Jau Foo menganggarkan industri sarung tangan getah perlu membayar sehingga RM90 juta setahun bagi levi sahaja.
Anggaran berkenaan, tidak mengambil kira kos tambahan terhadap perumahan dan pengangkutan di bawah Komitmen Mandatori Majikan (EMC).
Beliau berkata daripada RM90 juta dihantar keluar, wang berkenaan boleh digunakan dengan lebih baik dalam usaha mencapai pemodenan dan automasi kilang untuk kurang bergantung kepada pekerja asing.
Dasar baru itu, katanya, juga bermakna sejumlah besar wang sehingga RM5 bilion setahun akan dihantar keluar Malaysia, menyebabkan satu lagi aliran tunai bagi negara.
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (PIKAP) pula memohon agar kerajaan menangguhkan dahulu pelaksanaan pembayaran levi pekerja asing oleh majikan, bagi mencari pendekatan yang lebih holistik dalam ketidakketentuan ekonomi kini.
Presidennya Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata keputusan mendadak itu kini meresahkan para majikan dalam pelbagai industri kerana ia bukan sahaja membebankan kos operasi, tetapi juga berisiko ditutup ekoran kesukaran mendapatkan pekerja asing yang sah.
"Jika dasar baharu ini berterusan, saya khuatir bukan sahaja pekerja asing akan 'lari' dari sini, malah operasi syarikat-syarikat besar juga mungkin akan beralih ke negara yang lebih murah urusan pengambilan pekerja asingnya seperti di Kemboja dan Vietnam," jelasnya.
Katanya, kerajaan seharusnya tegas dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan menangkap dan mendakwa pekerja serta majikan ataupun menyita aset syarikat yang ingkar, bukan melalui penyelesaian pembayaran levi di bawah EMC.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2017

AZIH: Cuepacs sambut baik keputusan kerajaan yang mensyaratkan majikan membayar levi pekerja asing berkuat kuasa 1 Jan lepas. - Gambar fail

SKMM sasar capaian internet 100 peratus di Sabah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah sasar capaian internet di Sabah capai 100 peratus

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan.

JIM Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokumen permit
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen permit masuk menerusi dua operasi berasingan di daerah Kota Kinabalu.

47 penduduk Kampung Tawau Lama tinggal sehelai sepinggang
Itu nasib yang menimpa hampir 50 mangsa kebakaran melibatkan sepuluh ketua isi rumah yang tinggal sehelai sepinggang selepas tiga buah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tawau Lama, Tawau Sabah.

KPWK akan bekerjasama dengan UNICEF
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam meneliti garis ukur kemiskinan kanak-kanak sekaligus mengukuhkan sistem pembelajaran pra sekolah di Sarawak.

Kongsi rezeki, pemuda jual nasi lemak RM1
Peniaga jual Nasi Lemak RM1 sebagai semangat berkongsi rezeki dengan pelanggannya sempena Ramadan.

Pengurusan tanah perkuburan diseragamkan
Kerajaan Sarawak menambah keluasan tanah perkuburan islam semariang dan membangunkan beberapa tanah perkuburan di Kuching bagi menampung jumlah jenazah yang dirangka sehingga tahun 2050. Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengurusan tanah perkuburan tersebut juga diseragamkan dengan pendigitalan simpanan data agar lebih sistematik dan memudahkan urusan keluarga jenazah.

Titik berat soal kebersihan apabila pilih lokasi bazar
Selain pilihan juadah dan harga berpatutan, Pengunjung Bazar Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu turut pentingkan kebersihan sesebuah bazar.

Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung sebelum disahkan meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah di flat perumahan di Cheras pada malam Khamis.

Kebanyakan kontrak kerajaan diraih menerusi tender terbuka - Datasonic
Datasonic Group Bhd berkata kebanyakan daripada sembilan kontrak yang diperoleh daripada kerajaan berjumlah RM1.1 bilion dimenangi melalui tender terbuka.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Cuepacs sokong tiada lagi lantikan perunding luar
Cuepacs menyambut baik keputusan kerajaan yang tidak lagi bergantung kepada perunding luar dalam memberi nasihat pentadbiran berhubung dasar dan strategi.

Gaji penjawat awam: PM minta JPA bincang dengan Cuepacs
Perdana Menteri telah meminta JPA meneruskan perbincangan bersama Cuepacs mengenai isu gaji dan upah penjawat awam serta hal berkaitan peningkatan kos sara hidup.

PM Anwar mohon penjawat awam bersabar soal kenaikan gaji
Golongan penjawat awam diminta bersabar berhubung soal kenaikan gaji kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cuepacs perlu beri ruang kepada Anwar teliti tuntutan terhadap penjawat awam - Presiden KEPERTAMA
Norsyahriman berkata, beliau terkilan dengan kenyataan Presiden Cuepacs yang menzahirkan kekecewaan terhadap Belanjawan 2023.

Pelantikan perkhidmatan awam berdasarkan merit, bukan sebab kaum - Cuepacs
Perkhidmatan awam selama ini tidak pernah menetapkan bangsa sebagai faktor penentu dalam mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam.

Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.

Bonus dikecuali cukai: Cuepacs sifatkan keputusan PM Anwar munasabah
Cuepacs menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk mengecualikan cukai ke atas pemberian bonus atau bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam di semua negeri.

Sedia garis panduan jelas mekanisme penjawat awam tegur kerajaan - Cuepacs
Kerajaan perlu menyediakan suatu garis panduan atau sistem yang jelas bagaimana mekanisme teguran terhadap kerajaan boleh dilakukan oleh penjawat awam.

Pengumuman BKK, KGT bukti keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam - Cuepacs
Keputusan kerajaan untuk meneruskan pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) serta tambahan khas dalam bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) jelas membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam