awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Fatwa Kebangsaan diminta bincang cadangan penanaman ketum

Bernama
Bernama
01/08/2016
23:23 MYT
Majlis Fatwa Kebangsaan diminta bincang cadangan penanaman ketum
Cadangan tersebut dilihat agak sensitif dan boleh menimbulkan kontroversi.
Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengadakan perbincangan bersama pakar perubatan serta pemimpin masyarakat mengenai penanaman ketum berskala besar di negara ini, yang dicadangkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata cadangan tersebut dilihat agak sensitif dan boleh menimbulkan kontroversi.
"Sekiranya pokok ketum ditanam secara meluas di negara ini, ia dibimbangi mendatangkan lebih banyak kemudaratan dalam kalangan masyarakat daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak.
"Diharap kerajaan dan pihak berkaitan akan memperhalusi cadangan berkenaan supaya ia tidak disalahguna segelintir pihak terutamanya generasi muda," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Perak serta Lembaga PPK Perak di sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Mengulas lanjut, Raja Ahmad Zainuddin berkata terdapat banyak tanaman lain yang boleh ditanam dalam kawasan kebun getah untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil.
"Sebagai contoh, mereka boleh menanam pokok petai atau durian belanda yang dipercayai boleh mengubati penyakit," katanya.
Baru-baru ini, Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin ingin mendapatkan kebenaran kerajaan untuk melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar bagi memenuhi industri farmaseutikal dari negara luar.
Zahidi berkata penanaman ketum sebagai alternatif bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil di negara ini, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap getah disebabkan harga komoditi itu menurun ketika ini.
Topic Berkaitan
#berskala besar
#majlis fatwa kebangsaan
#penanaman ketum
#risda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan