awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis hari jadi di Kampung Kimolohing, Ranau cetus kluster baharu di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
26/10/2021
11:49 MYT
Majlis hari jadi di Kampung Kimolohing, Ranau cetus kluster baharu di Sabah
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, sebanyak 565 kes baharu telah direkodkan hari ini.
KOTA KINABALU: Majlis sambutan hari jadi yang diadakan di Kampung Kimolohing, Ranau telah mencetuskan kluster komuniti COVID-19 terbaru di Sabah.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setakat ini, saringan yang dijalankan telah mengesan sebanyak 49 individu positif.
"Kluster tersebut tercetus melalui majlis sambutan hari jadi seorang penduduk (kes indeks) yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai.
"Sambutan hari jadi itu diadakan di rumah ahli keluarga lain yang dihadiri oleh kes indeks," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, sebanyak 565 kes baharu telah direkodkan hari ini.
Katanya, jumlah kes melalui saringan bergejala kekal tinggi, iaitu sebanyak 213 kes atau 37.70 peratus daripada kes keseluruhan.
"Penarikan balik sekatan-sekatan tertentu kegiatan ekonomi dan sosial telah merancakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perjumpaan dan perhimpunan sama ada di tempat kerja atau di tempat awam. Ini meningkatkan risiko jangkitan virus secara sporadik," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 96.11 peratus daripada keseluruhan kes hari ini adalah merupakan Kategori 1 dan 2.
Manakala, terdapat tiga kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5.
Topic Berkaitan
#Kluster baharu COVID-19
#Masidi Manjun
#sambutan hari lahir
#Kes Sporadik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan