awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis ilmu Ramadan: Pengurusan masjid, agensi kerajaan perlu undang penceramah bertauliah

Bernama
Bernama
08/03/2024
20:40 MYT
Majlis ilmu Ramadan: Pengurusan masjid, agensi kerajaan perlu undang penceramah bertauliah
Mohd Na’im (tengah) mengumumkan kadar Zakat Fitrah bagi negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan semasa hadir merasmikan Sambutan Ihya' Ramadan 2024/1445H di Masjid Putra. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Pengurusan masjid serta agensi kerajaan yang mengadakan majlis ilmu sepanjang Ramadan perlu memastikan penceramah diundang adalah bertauliah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata perkara berkenaan ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan tazkirah atau majlis ilmu yang disampaikan penceramah itu mencapai matlamat ditetapkan.
Dalam sidang media selepas melancarkan program Ihya Ramadan di sini pada Jumaat, beliau berkata majlis ilmu seperti tazkirah sebelum solat zuhur pada bulan Ramadan yang diilhamkan Perdana Menteri pada tahun lepas akan turut diteruskan kali ini.
"Saya ajak masyarakat dalam memilih penceramah kena ada tauliah supaya kita pastikan kandungan ceramah disampaikan dalam bulan Ramadan di masjid, surau atau platform media sosial ini, mereka ini ada asas ilmu pengetahuan dan sampaikan asas ajaran Islam sebenar," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri berkata beliau mahu semua kementerian dan jabatan kerajaan menganjurkan majlis ilmu di pejabat masing-masing bagi menghidupkan semangat Ramadan.
Ditanya mengenai kadar zakat di Sarawak yang belum diumumkan, Mohd Na'im berkata perkara berkenaan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
"Saya percaya akan keluar esok atau lusa (kadar zakat Sarawak) tetapi berapa jumlah itu kuasa diberi majlis negeri dan lembaga zakat, mereka ada bidang kuasa tertentu," katanya.
Sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi pembayar zakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan iaitu RM7, RM15 dan RM 22 seorang seperti dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.
Terdahulu, Mohd Na'im dalam ucapannya meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyelaras program kerohanian dan kemasyarakatan bersama pegawai kader jabatan itu di pelbagai kementerian dan jabatan.
"Kita mesti memakmurkan program Ramadan di seluruh kementerian dan jabatan dengan kerjasama strategik ini. Perkara ini amat penting supaya kita semua dapat menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam Madrasah Ramadan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ramadan
#zakat
#MAIWP
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan