MALAYSIA
Majlis Kasih Deepavali rai komuniti B40 dan pelajar antarabangsa
Yayasan Kita Anak Malaysia mula beroperasi ketika pandemik COVID-19 dan telah banyak membantu golongan terjejas.
PULAU PINANG: Lebih 100 pelajar antarabangsa dari Universiti Sains Malaysia (USM) diraikan dalam Majlis Kasih Deepavali 2025 anjuran Yayasan Kita Anak Malaysia, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Menurut Pengerusi Yayasan Kita Anak Malaysia, Puvaniten Helan Goven, majlis tersebut diadakan bagi menyantuni komuniti B40 bersempena sambutan Deepavali, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Program tahunan ini bukan sahaja memberi bantuan keperluan asas, malah turut memperkukuhkan hubungan antara kaum melalui penglibatan pelajar dari pelbagai negara seperti China, Jepun, Korea, India dan negara Asia Timur lain.
"Program Kasih Deepavali ini adalah bertujuan meringankan beban isi rumah sempena musim perayaan, khususnya dalam situasi kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Ia bukan sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi juga membina jambatan kemanusiaan antara masyarakat berbilang kaum,” katanya ketika ditemui di majlis iJuru Auto City Pulau Pinang pada Sabtu.
Puvaniten berkata, tahun ini, yayasan tersebut menyasarkan hampir 1,000 penerima bantuan dari kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Kesemua penerima menerima “Kotak Sinar Deepavali” yang mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung, susu, bihun dan pelbagai bahan dapur lain.
Selain itu, anak-anak yatim turut disantuni dengan pemberian duit perayaan dalam majlis yang berlangsung penuh meriah itu.
"Program ini bertujuan untuk menyantuni dan menceriakan golongan Komuniti B40 bersempena dengan perayaan Deepavali bagi mengurangkan beban kos perbelanjaan isi rumah di musim perayaan ini memandangkan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.
"Motif utama Yayasan KitaAnak Malaysia ialah menyalurkan bantuan kepada komuniti B40 hampir keseluruhan negeri Pulau Pinang agar tiada golongan yang tercicir daripada bantuan kebajikan," katanya.
Pada tahun sebelumnya, yayasan berkenaan telah membantu lebih 500 penerima dari kawasan Seberang Perai Utara, menjadikan jumlah keseluruhan penerima mencecah hampir 100,000 individu di seluruh negeri Pulau Pinang sejak ia ditubuhkan.
Yayasan Kita Anak Malaysia mula beroperasi ketika pandemik COVID-19 dan telah banyak membantu golongan terjejas termasuk pemandu teksi, ibu tunggal, pemandu van sekolah termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

#sambutan Deepavali
#Sumbangan Deepavali B40
#USM
#majlis kasih deepavali
#yayasan kita anak malaysia