awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Peguam gesa penubuhan organisasi bebas luar untuk lindungi hak tahanan

Bernama
Bernama
22/12/2020
20:22 MYT
Majlis Peguam gesa penubuhan organisasi bebas luar untuk lindungi hak tahanan
Majlis Peguam Malaysia turut menggesa pihak berkuasa yang melakukan penahanan agar memastikan suspek mendapat akses kepada kebersihan dan kemudahan asas semasa berada di dalam lokap. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Majlis Peguam Malaysia menggesa agar sebuah organisasi bebas dari luar ditubuhkan bagi menyiasat semua kematian dalam tahanan selepas Mahkamah Koroner di Shah Alam semalam mendapati kecuaian polis menjadi penyebab kematian S.Thanabalan pada 2018.
Presidennya Salim Bashir berkata majlis itu berpandangan bahawa sistem pengawasan awam dari luar akan melengkapi dan meningkatkan mekanisme sedia ada serta mewujudkan akauntabiliti bagi pihak berkuasa yang melakukan penahanan.
"Majlis Peguam Malaysia memuji keputusan koroner namun meminta agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan unit perubatan di pusat tahanan di seluruh negara," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata apabila seseorang itu ditahan secara sah, undang-undang menetapkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pegawai pusat tahanan bagi memastikan serta menjaga kesihatan dan keselamatan individu yang berada dalam tahanan.
Katanya pihak berkuasa yang melakukan penahanan harus memastikan bahawa rawatan perubatan disediakan untuk semua suspek terutama mereka yang berdepan risiko kesihatan dan berpenyakit.
Menurut kenyataan itu, Majlis Peguam Malaysia turut menggesa pihak berkuasa yang melakukan penahanan agar memastikan suspek mendapat akses kepada kebersihan dan kemudahan asas semasa berada di dalam lokap.
"Majlis Peguam Malaysia berharap berdasarkan keputusan Mahkamah Koroner di Shah Alam dalam kes kematian Thanabalan Subramaniam, satu siasatan menyeluruh harus dilakukan untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kematiannya ke muka pengadilan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Peguam Malaysia
#organisasi bebas luar
#kematian
#mahkamah koroner
#Salim Bashir
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan