awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Penasihat bagi pembaharuan institusi maritim, dasar - Loke

Bernama
Bernama
10/08/2018
21:35 MYT
Majlis Penasihat bagi pembaharuan institusi maritim, dasar - Loke
LOKE: Majlis itu akan meneliti pembaharuan institusi maritim, dasar dan peraturan dalam menyediakan industri untuk masa depan yang lebih baik. -Gambar fail
Kementerian Pengangkutan akan mengaktifkan majlis penasihat pakar untuk memantau perkara berkaitan perkapalan dan pelabuhan, dengan mesyuarat pertama dijadualkan dalam tempoh dua bulan.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata majlis itu akan meneliti pembaharuan institusi maritim, dasar dan peraturan dalam menyediakan industri untuk masa depan yang lebih baik.
"Mesyuarat pertama dijangka diadakan dalam tempoh satu atau dua bulan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) 2018 di sini pada Jumaat.
Majlis makan malam itu diadakan sempena Minggu Maritim Dunia Malaysia 2018 dari 7-9 Ogos.
Mengenai Dana Pembangunan Pengangkutan berjumlah RM3 bilion yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini dalam Bajet 2018, Loke berkata kementerian akan mempercepatkan prosesnya.
"Kami akan menelitinya, dana yang diperuntukkan, bukan yang baharu," katanya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan walaupun dana tersebut telah diumumkan, wang tidak diperuntukkan.
Terdahulu dalam ucapan, Loke berkata kementerian menyedari kesukaran yang dihadapi oleh pemilik kapal dalam mendapatkan pembiayaan daripada bank tempatan dan institusi kewangan.
"Kami turut menyedari mengenai tahun-tahun yang mencabar yang dihadapi industri ini," katanya.
Penggiat industri telah menyuarakan masalah mereka mengenai isu yang dihadapi industri, termasuk cukai korporat untuk jenis kapal tertentu, kemudahan pembiayaan, serta kemajuan Pelan Induk Perkapalan Malaysia (MSMP) 2017-2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke Siew Fook
#Kementerian Pengangkutan
#Minggu Maritim Dunia Malaysia
#pembaharuan institusi maritim
#penasihat pakar
#perkapalan dan pelabuhan
#Persatuan Pemilik Kapal Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan