Majlis Penasihat Kerajaan adakan mesyuarat terakhir hari ini

Astro Awani
Ogos 17, 2018 12:56 MYT
Sidang media akan dipengerusikan oleh Tun Daim Zainuddin, dan turut dihadiri ahli-ahli Majlis Penasihat Kerajaan. - Sumber foto Council of Eminent Persons
Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan pada Mei lalu mengadakan mesyuarat terakhirnya pada hari ini bagi memuktamadkan saranan sebelum dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Mesyuarat tertutup itu diadakan di Menara Ilham di ibu negara awal hari ini.
Sidang media akan dipengerusikan oleh Tun Daim Zainuddin dan turut dihadiri ahli-ahli Majlis Penasihat Kerajaan iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, dan Ahli Ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram.
Ahli perniagaan Robert Kuok bagaimanapun tidak dapat hadir dan diwakili oleh Tan Sri Datuk Oh Siew Nam.
Sidang media bagi menghuraikan intipati cadangan yang akan dikemukan akan diadakan di sebuah pada pagi Isnin (20 Ogos, 2018).
Sidang media yang akan diketuai Tun Daim Zainuddin itu akan turut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Penasihat Kerajaan.
#kerajaan #Mahathir Mohamad #Majlis Penasihat Kerajaan #menteri #Perdana Menteri #Robert Kuok #Tun Daim Zainuddin