awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Penasihat panggil pembeli tanah Felda Jln Semarak

Sinar Harian
Sinar Harian
30/05/2018
23:16 MYT
Majlis Penasihat panggil pembeli tanah Felda Jln Semarak
Marina ketika keluar dari pejabat Felda sebelum ini. - Foto Sinar Harian
Pengarah Pembangunan Bisnes Synergy Promenade Sdn Bhd, Datuk Marina Hashim, antara dilihat dipanggil berjumpa dengan Majlis Penasihat Kerajaan petang Rabu.
Difahamkan, Marina bersama pasukannya memasuki pekarangan Ilham Tower kira-kira jam 3.45 petang.
Bagaimanapun, beliau kemudiannya dilihat meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 5 petang.
Majlis Penasihat Kerajaan dianggotai lima individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican; Ahli Ekonomi, Prof Jomo Kwame Sundaram dan tokoh perniagaan, Robert Kuok.
Sebelum ini, beberapa individu lain turut dilihat berjumpa dengan badan yang dilantik kerajaan itu.
Synergy Promenade merupakan syarikat membangunkan projek Kuala Lumpur Vertical City yang pernah menjadi kontroversi dengan Felda.
Sebelum ini, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah berstrategik di Jalan Semarak, yang dianggarkan bernilai lebih RM250 juta, apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015, tanpa pengetahuan Felda.
Tanah milik Felda yang bernilai RM270 juta itu mula menjadi kontroversi apabila pengerusinya ketika itu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, mendedahkan penukaran milik tanah berkenaan tanpa mendatangkan sebarang pembayaran kepada Felda.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Topic Berkaitan
#Felda
#Felda Investment
#FIC
#Jalan Semarak
#KL Vertical City
#Marina Hashim
#Synergy Promenade
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan