MALAYSIA
Majlis Perundingan Gig bakal ditubuh, bincang isu ‘bidding’ e-hailing - KESUMA
Menurut KESUMA, selaras dengan Bahagian VI Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025, Majlis Perundingan Gig akan ditubuhkan sebaik sahaja perundangan ini dikuatkuasakan kelak. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Isu 'bidding' dalam kalangan pemandu e-hailing akan dijadikan agenda awal oleh Majlis Perundingan Gig yang bakal ditubuhkan bagi memastikan kepentingan pemandu, platform dan pengguna kekal seimbang.
Ringkasan AI
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan selaras dengan Bahagian VI Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025, Majlis Perundingan Gig akan ditubuhkan sebaik sahaja perundangan ini dikuatkuasakan kelak.
Majlis ini merupakan platform tripartit yang melibatkan wakil kerajaan, wakil pekerja gig dan wakil entiti kontrak, berfungsi menasihati serta mengemukakan syor kepada kerajaan berkaitan kadar pendapatan minimum, formula dan standard minimum yang akan diguna pakai, serta perkara berkaitan kebajikan dan kepentingan pekerja gig.
"Majlis Perundingan Gig juga akan menjadi platform dialog dan rundingan berterusan berkaitan dasar serta isu-isu yang timbul dalam sektor gig, termasuk usaha memastikan pekerja gig memperoleh pendapatan yang lebih stabil, adil dan mampan.
"KESUMA berpandangan isu bidding dalam kalangan pemandu e-hailing merupakan antara perkara awal yang akan dibincangkan di bawah majlis ini bagi memastikan keseimbangan antara kepentingan pemandu, platform dan pengguna," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan merujuk laporan media tempatan berkait isu penawaran perkhidmatan e-hailing menggunakan konsep tawar-menawar atau bidding yang dibangkitkan oleh beberapa pertubuhan pekerja gig kepada Kementerian Pengangkutan.
KESUMA turut menegaskan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan dalam menangani isu ini secara menyeluruh, demi menjaga kebajikan pekerja gig dan kelestarian ekosistem ekonomi platform di negara ini.
Kementerian itu memaklumkan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 telah diluluskan oleh Parlimen pada Ogos dan September lalu dan kini sedang dalam proses pewartaan.
"RUU ini dicadang untuk dikuatkuasakan pada tahun 2026," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Majlis Perundingan Gig akan dibentuk untuk menangani isu bidding dalam kalangan pemandu e-hailing agar kepentingan pemandu, platform, dan pengguna kekal seimbang.
- Majlis ini akan menjadi platform dialog untuk membincangkan dasar dan isu-isu sektor gig, termasuk pendapatan pemandu yang lebih stabil, adil, dan mampan.
- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersedia bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk menangani isu bidding dan memastikan kebajikan pekerja gig serta kelestarian ekonomi platform terjamin.