awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Raja-Raja rakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter

Bernama
Bernama
11/05/2016
09:24 MYT
Majlis Raja-Raja rakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter
Ucapan berkenaan dizahirkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-241 di Istana Negara di sini hari ini. - Gambar fail
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja merakamkan ucapan takziah kepada semua anggota keluarga mangsa nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada Khamis lepas.
Ucapan berkenaan dizahirkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-241 di Istana Negara di sini hari ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Sri Syed Danial dalam satu kenyataan hari ini berkata Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja turut bersedih dengan kejadian yang berlaku dan berdoa serta berharap semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapinya.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama sehari itu dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang tidak diwakili.
BACA: Rangkuman Operasi SAR nahas helikopter
Dalam tragedi Khamis lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350 yang dinaiki lima penumpang serta juruterbang, terhempas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau.
Mereka yang terkorban dalam nahas itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan suaminya Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun, Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha kementerian tersebut Datuk Dr Sundaran Annamalai dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.
Topic Berkaitan
#Betong
#helikopter hilang
#Kuching
#Majlis Raja-Raja
#Polis Sarawak
#Sabtu Osman
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan