awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/01/2023
09:03 MYT
Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.
Majlis bertemakan nostalgia adat istiadat kegemilangan Melayu Islam itu diadakan bersempena dengan Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023.
Kesemua pasangan diarak menaiki bas Hop On Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival.
Lebih menarik, dua pasangan dinikahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, disaksikan kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan.
"Skim bantuan perkahwinan merupakan salah satu skim bantuan zakat daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP.
"Bantuan ini diperkenalkan sejak 2006 bertujuan meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis walimatul urus.
"Bantuan yang disalurkan berjumlah antara RM3,000 sehingga RM5,000. Pada tahun 2022, MAIWP telah membantu sebanyak 412 penerima dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.08 juta," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar dalam sidang media selepas majlis.
Turut memeriahkan majlis ialah Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
Selain bantuan dalam bentuk wang, pasangan pengantin turut diberikan sepersalinan pakaian lengkap dengan perhiasan sebagai raja sehari.
Setakat Disember lalu, MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM855.52 juta dana zakat kepada asnaf, dengan RM533.61 juta dibelanjakan melalui agihan zakat secara langsung menerusi skim bantuan zakat.
Topic Berkaitan
#Walimatul Urus Perdana
#Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
#pasangan pengantin
#Dataran Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan