awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo tawar 20 peratus diskaun sempena Tahun Baharu Cina
P. Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat pegawai kanan kerajaan negeri
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah

Bernama
Bernama
13/03/2024
09:15 MYT
Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan  - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara, Hidup Senator Fuziah Salleh ketika Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah, Dewan Rakyat diberitahu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata menerusi dapatan yang diperoleh daripada Kajian Impak Program Payung Rahmah pada akhir tahun lepas itu, 87 peratus responden bersetuju inisiatif Rahmah dikekalkan.
Selain itu, katanya 73 peratus responden pula bersetuju Inisiatif Payung Rahmah dapat mengurangkan kos sara hidup mereka.
"Sehubungan itu, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) terus komited untuk meneruskan dan memperluas Program Payung Rahmah pada 2024 sebagai satu daripada strategi menangani kos sara hidup rakyat," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Cha Kee Chin (PH-Rasah) berhubung status terkini Konsep Rahmah dan sama ada akan terus diperluas ke bidang baharu.
Bermula 1 Mac lepas, Fuziah berkata Program Payung Rahmah telah dijenamakan semula kepada Program Payung Rahmah MADANI melibatkan tiga inisiatif baharu antaranya memperkenalkan Ihsan Rahmah oleh pihak swasta dan industri.
Inisiatif lain ialah merancang pelaksanaan Pasar Rahmah dengan memperluas inisiatif Bazar Ramadan Rahmah sepanjang bulan Ramadan tahun ini di 60 lokasi di seluruh negara dan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah serta Menu Siswa Rahmah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#program Payung Rahmah
#Fuziah Salleh
#Dewan Rakyat
#puas hati
#bakul rahmah
#Jualan Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan