awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti tahanan Rohingya masih bebas mahir kawasan sekitar - Polis

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
27/04/2022
15:24 MYT
Majoriti tahanan Rohingya masih bebas mahir kawasan sekitar - Polis
Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, berkata kebanyakan mereka telah lama berada di negara ini. - Gambar fail
ALOR SETAR: Seramai 50 daripada keseluruhan 61 tahanan Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Relau, 20 April lalu, mahir selok-belok jalan di negara ini dan kawasan sekitar depot berkenaan.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, berkata ia berikutan mereka telah lama berada di negara ini.
Katanya, ia menjadi cabaran utama bagi polis untuk mengesan kesemua mereka yang terdiri daripada 51 lelaki dewasa, enam wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan tiga perempuan.
Menurut beliau, pihaknya masih meneruskan operasi pencarian termasuk melaksanakan 'flushing' di hampir 90 peratus kawasan hutan dan sekitar daerah Bandar Baharu namun tiada penemuan baharu dijumpai sejak dua hari lalu.
Tambahnya, berdasarkan tangkapan terakhir yang dilakukan di negeri Pulau Pinang, pihak polis percaya kebanyakan tahanan yang bebas masih berada di sekitar kawasan Seberang Perai Selatan.
"Kita percaya ada (daripada mereka) yang ada dua tahun, ada yang ada tiga tahun (tinggal di Malaysia), (mereka itu adalah) yang telah datang dari tempat tahanan berlainan, mereka telah bekerja disini, kemudian ditangkap.
"Jadi sudah tahu sedikit sebanyak cara selok-belok perjalanan, sebab itu kita nampak cara mereka lari (terus) ke 'highway' di kawasan Seberang Perai Selatan, tidak menghala ke Bandar Baharu kerana mereka ada pengetahuan (tentang kawasan ini)," katanya.
Wan Hassan berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Berbuka Puasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Menteri Besar di perkarangan Dataran IPK Kedah, Alor Setar pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa masih melakukan siasatan terhadap dua dalang yang telah ditangkap dan maklumat lanjut mengenainya tidak dapat diberikan kepada umum buat waktu ini.
"Dalang sekarang ini tengah soal siasat, kita pun tidak boleh nyatakan (langkah) seterusnya, (tetapi) saya minta Datuk OCCI siapkan segera summary daripada hasil siasatan.
"Kalau perlu mungkin kita bawa (kepada) DPP untuk buat pertuduhan dan sebagainya sementara yang lain dapat ditangkap, ini kita akan refer dahulu kepada pihak Pendakwa Raya," katanya.
Topic Berkaitan
#tahanan Rohingya
#tahanan lolos
#mahir kawasan sekitar
#Wan Hassan Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan