awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makan besar: Tak berkumpul tak mengapa, asalkan keluarga selamat

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/02/2021
09:28 MYT
Makan besar: Tak berkumpul tak mengapa, asalkan keluarga selamat
Mereka akur dengan arahan kerajaan yang hanya membenarkan acara makan besar sempena perayaan itu bersama ahli keluarga dari kediaman yang sama sahaja. - Gambar hiasan/ Reuters
GEORGE TOWN:'Tidak mengapa jika tiada acara makan besar tahun ini, asalkan keluarga terhindar daripada dijangkiti wabak COVID-19.'
Itu antara luahan sebahagian masyarakat Tionghua di Pulau Pinang yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina 12 Februari ini dalam norma baharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi peniaga, Evelyn Liew, dia akur dengan arahan kerajaan yang hanya membenarkan acara makan besar sempena perayaan itu bersama ahli keluarga dari kediaman yang sama sahaja.
Baginya keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat perlu didahulukan.
"Tahun ini, ramai yang tidak boleh balik kampung sebab PKP. SOP juga tak boleh berkumpul ramai-ramai untuk makan besar jika keluarga dari tempat lain.
"Kita utamakan kesihatan dululah, lagipun tiap-tiap tahun kita (ahli keluarga) berjumpa. Tak mengapa, tahun depan kita jumpa, perlu turunkan COVID-19 dulu," katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Liew Chee Chung, masih berharap dapat berkumpul bersama ahli keluarga terdekat terutama ibu dan bapa.
"Tak mengapa tiada sambutan lain, tapi kalau boleh biar kita dapat jumpa ibu dan bapa untuk makan sahaja," katanya.
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#CNY
#Makan besar
#PKP
#SOP
#sekatan
#pulau pinan
#Tionghua
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan