KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) tidak mewajibkan ahlinya membuka premis masing-masing bagi tujuan pelanggan makan di premis (dine-in), sebaliknya bergantung kepada kesediaan pengusaha sendiri untuk berbuat demikian.
Presidennya Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata apa yang penting bagi ahli persatuan, ialah mereka perlu memastikan hanya petugas lengkap divaksin dibenarkan untuk bekerja.
"Pengumuman ini sesuatu yang melegakan buat pengusaha restoran khususnya di kawasan Fasa Satu PPN (Pelan Pemulihan Negara) dan kita sarankan kepada ahli agar menyediakan petugas khusus untuk menyemak sijil digital vaksinasi COVID-19 di aplikasi MySejahtera pelanggan," katanya.
Beliau berkata bagi mencegah sebarang risiko penularan COVID-19, pemilik premis disarankan kerap mensanitasi meja makan dan kerusi sebelum serta selepas digunakan pelanggan.
BACA: Ini kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi negeri Fasa 1 PPN
BACA: Individu lengkap divaksin di negeri Fasa 1 PPN boleh 'dine-in' bermula esok - Muhyiddin
Katanya pengusaha restoran dan permis makanan serta pelanggan juga dinasihatkan agar mematuhi semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti dine-in bagi individu lengkap divaksin.
Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran aktiviti dine-in mulai hari ini (Jumaat) bagi premis makanan di kawasan berstatus Fasa Satu PPN, namun terhad bagi pelanggan yang lengkap divaksin.
Antara kelonggaran lain bagi individu lengkap divaksin di kawasan Fasa Satu PPN ialah aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan serta operasi pasar malam dan pasar minggu.
Sementara itu Jawahar Ali berkata ahli persatuan turut disaran mempamerkan poster atau gegantung makluman mengenai semua petugas premis telah divaksin bagi meningkatkan keyakinan pelanggan masing-masing.
"Kita juga berharap pelanggan berdisplin dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan ketika makan di premis terutama jika membawa keluarga dengan anak-anak berusia 17 tahun ke bawah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021
Bagi mencegah sebarang risiko penularan COVID-19, pemilik premis disarankan kerap mensanitasi meja makan dan kerusi sebelum serta selepas digunakan pelanggan.- Gambar hiasan
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Menu Rahmah: "Kami tak kira warga asing atau rakyat Malaysia...." - Pemilik Ali Maju
Jawahar Ali terpanggil wujudkan Menu Rahmah kerana memikirkan beban kos sara hidup dan kewangan yang perlu ditanggung oleh sebilangan rakyat.
Boikot agak keterlaluan, pengguna harus bijak memilih - Presma
Kenaikan harga barang tak dapat dielak atas pelbagai faktor antaranya penggajian pekerja, sewa premis, dan kadar tukaran mata wang.
Presma jelaskan sebab makanan di restoran mahal
Tiada ruang untuk peniaga menurunkan harga kerana kenaikan itu adalah mengikut peningkatan kos operasi semasa seperti kenaikan sewa kedai, barang keperluan asas dan bahan mentah.
"Pemilik restoran digesa guna perkhidmatan televisyen komersial sah" - Presma
Presma dan Primas sepakat menggesa pemilik restoran menggunakan perkhidmatan televisyen komersial yang sah untuk tontonan di premis masing-masing.
Ada restoran mamak terpaksa gulung tikar kerana tidak cukup pekerja - Presma
Walaupun perniagaan bagus dan semakin pulih, ada restoran yang gulung tikar kerana kurang kakitangan untuk menjalankan operasi harian.
Restoran nasi kandar kurang pekerja tahap 'tenat'
Masalah kekurangan pekerja di restoran mamak bukan saja sudah mencapai tahap tenat, malah ada yang hanya menunggu masa untuk menutup premis.
Restoran nasi kandar: 'Apa beza dan apa hinanya sektor restoran mamak ni? - Presma
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, pihaknya sudah berusaha menawarkan kerja kepada warga tempatan namun tidak mendapat sambutan.
Makan di premis: Presma lega tapi ahli tidak diwajibkan buka premis
Apa yang penting bagi ahli persatuan, ialah mereka perlu memastikan hanya petugas lengkap divaksin dibenarkan untuk bekerja.
PKP 3.0: Pengusaha restoran Muslim rayu waktu operasi dilanjutkan hingga 10 malam
Presma membuat rayuan itu bagi membolehkan sektor itu kembali pulih susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pendapatan harian merosot 80 peratus.
PKP 2.0: Perniagaan restoran merosot 80 peratus - Presma
Lebih 4,200 ahli Presma yang juga pengusaha restoran terkesan dengan pelaksanaan PKP 2.0.