awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makanan dan keperluan asas mangsa banjir dijamin mencukupi - Rosol

Bernama
Bernama
28/12/2021
12:31 MYT
Makanan dan keperluan asas mangsa banjir dijamin mencukupi - Rosol
Rosol berkata, bantuan daripada Yayasan FoodBank Malaysia akan diperluaskan ke Pantai Timur sebagai persiapan awal. - Gambar fail
KAJANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan makanan dan keperluan asas untuk mangsa banjir setakat ini mencukupi walaupun jika berlaku gelombang banjir kedua.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, kerajaan telah melakukan persediaan awal dengan bantuan pelbagai pihak.
"Boleh dikatakan, tahap kesiapsiagaan kita (KPDNHEP) adalah 100 peratus, kita masih ada stok yang tersedia dan penyumbang pun masih ada yang ingin menyumbang.
"Jadi, bila-bila masa barang itu boleh diberikan kepada mangsa banjir yang memerlukan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir sumbangan Etika Sdn Bhd kepada sekretariat Yayasan Food Bank Malaysia di sini hari ini.
Rosol berkata bantuan daripada yayasan tersebut akan diperluaskan ke Pantai Timur sebagai persiapan awal berikutan ramalan hujan lebat di negeri-negeri berkenaan, akhir minggu ini.
Sejak 19 Disember lepas, sejumlah 5,000 ketua rumah telah menerima bantuan dari segi bekalan makanan dan keperluan asas daripada Yayasan Food Bank Malaysia, terutamanya di Lembah Klang.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#mangsa banjir
#bantuan
#Yayasan Food Bank Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan