'Make schools safe again' - Putera MIC tuntut tindakan segera

Shatesh Kumar Sangar berkata, Putera MIC Kebangsaan menggesa Kementerian Pendidikan untuk segera melaksanakan Dasar Sekolah Selamat yang merangkumi komponen pencegahan buli secara menyeluruh.
Putera MIC Kebangsaan menzahirkan kebimbangan yang amat serius terhadap peningkatan kes buli di sekolah-sekolah seluruh negara sebagaimana direkodkan oleh Statistik Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berdasarkan laporan rasmi, sebanyak 3,883 kes buli direkodkan pada tahun 2022 dan meningkat kepada 6,528 kes pada tahun 2023. Secara keseluruhannya, sebanyak 7,681 kes buli dilaporkan pada tahun lalu, suatu angka yang amat membimbangkan dan memberi gambaran jelas bahawa persekitaran sekolah di negara ini semakin tidak selamat untuk para pelajar.
Ringkasan AI
- Statistik SSDM KPM menunjukkan peningkatan kes buli sekolah dari 3,883 kes (2022) kepada 6,528 kes (2023), menjadikan jumlah keseluruhan 7,681 kes yang membimbangkan dan menggambarkan persekitaran sekolah semakin tidak selamat.
- Putera MIC Kebangsaan mengkritik kelewatan tindakan KPM dan ketiadaan dasar intervensi kukuh, serta menggesa pelaksanaan Dasar Sekolah Selamat yang merangkumi pelaporan wajib, intervensi awal dan sokongan psikososial.
- Merujuk kejayaan Korea Selatan dan Finland dalam menurunkan kadar buli melalui dasar jelas dan intervensi berstruktur, Malaysia diseru agar melaksanakan dasar berkesan dengan kesungguhan politik serta menyokong kempen #MakeSchoolsSafeAgain.
Justeru itu, Putera MIC Kebangsaan menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia untuk segera melaksanakan Dasar Sekolah Selamat yang merangkumi komponen pencegahan buli secara menyeluruh, termasuk pelaksanaan mekanisme pelaporan wajib (mandatory reporting), intervensi awal, serta penyediaan sokongan psikososial kepada warga sekolah.
Negara-negara lain telah membuktikan bahawa pelaksanaan dasar yang jelas mampu menurunkan kadar buli secara ketara. Korea Selatan, misalnya, memperkenalkan School Violence Prevention Act yang mewajibkan setiap sekolah menubuhkan jawatankuasa pencegahan dan melapor kes buli terus ke pihak berkuasa pendidikan tempatan. Sementara itu, Finland melaksanakan Program KiVa, satu kerangka nasional berasaskan intervensi awal, latihan guru dan pendidikan empati yang berjaya mengurangkan lebih 50% kes buli di sekolah rendah dalam tempoh lima tahun. Malaysia tidak perlu menunggu lebih banyak tragedi untuk bertindak, kita hanya perlu berani melaksanakan dasar dengan kesungguhan politik yang sama.
Sehubungan itu, Putera MIC Kebangsaan menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pelajar sendiri bersatu dalam satu gerakan nasional bagi menjayakan kempen “#MakeSchoolsSafeAgain”. Sebagai satu tanggungjawab sosial untuk memastikan setiap sekolah kembali menjadi tempat yang aman, selamat, dan kondusif untuk perkembangan sahsiah serta pembelajaran murid.
Shatesh Kumar Sangar
Ketua Putera MIC Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami