MALAYSIA
'Make schools safe again' - Putera MIC tuntut tindakan segera
Shatesh Kumar Sangar berkata, Putera MIC Kebangsaan menggesa Kementerian Pendidikan untuk segera melaksanakan Dasar Sekolah Selamat yang merangkumi komponen pencegahan buli secara menyeluruh.
Putera MIC Kebangsaan menzahirkan kebimbangan yang amat serius terhadap peningkatan kes buli di sekolah-sekolah seluruh negara sebagaimana direkodkan oleh Statistik Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berdasarkan laporan rasmi, sebanyak 3,883 kes buli direkodkan pada tahun 2022 dan meningkat kepada 6,528 kes pada tahun 2023. Secara keseluruhannya, sebanyak 7,681 kes buli dilaporkan pada tahun lalu, suatu angka yang amat membimbangkan dan memberi gambaran jelas bahawa persekitaran sekolah di negara ini semakin tidak selamat untuk para pelajar.
Ringkasan AI
Peningkatan drastik ini sepatutnya menjadi amaran awal kepada semua pihak, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk mengambil tindakan segera dan berkesan. Namun, persoalan besar yang timbul ialah sejauh mana kementerian benar-benar serius dalam menangani isu buli ini secara menyeluruh. Setiap kali timbul kes melibatkan buli, rogol atau bunuh (BRB) di sekolah, tindakan yang diambil sering kali hanya terhenti pada penubuhan jawatankuasa khas atau pelaksanaan kajian. Sampai bila kita mahu berputar dalam kitaran reaksi yang sama tanpa sebarang perubahan dasar yang nyata dan berkesan?
Dahulu, sekolah merupakan tempat yang selamat, mendidik, dan membentuk sahsiah pelajar. Namun kini, realitinya semakin membimbangkan apabila sekolah tidak lagi menjadi ruang yang selamat. Putera MIC Kebangsaan berpandangan bahawa kelewatan tindakan serta ketiadaan pelan intervensi dasar yang kukuh boleh dianggap sebagai bentuk kelalaian institusi dalam melindungi keselamatan murid.
Justeru itu, Putera MIC Kebangsaan menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia untuk segera melaksanakan Dasar Sekolah Selamat yang merangkumi komponen pencegahan buli secara menyeluruh, termasuk pelaksanaan mekanisme pelaporan wajib (mandatory reporting), intervensi awal, serta penyediaan sokongan psikososial kepada warga sekolah.
Negara-negara lain telah membuktikan bahawa pelaksanaan dasar yang jelas mampu menurunkan kadar buli secara ketara. Korea Selatan, misalnya, memperkenalkan School Violence Prevention Act yang mewajibkan setiap sekolah menubuhkan jawatankuasa pencegahan dan melapor kes buli terus ke pihak berkuasa pendidikan tempatan. Sementara itu, Finland melaksanakan Program KiVa, satu kerangka nasional berasaskan intervensi awal, latihan guru dan pendidikan empati yang berjaya mengurangkan lebih 50% kes buli di sekolah rendah dalam tempoh lima tahun. Malaysia tidak perlu menunggu lebih banyak tragedi untuk bertindak, kita hanya perlu berani melaksanakan dasar dengan kesungguhan politik yang sama.
Sehubungan itu, Putera MIC Kebangsaan menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pelajar sendiri bersatu dalam satu gerakan nasional bagi menjayakan kempen “#MakeSchoolsSafeAgain”. Sebagai satu tanggungjawab sosial untuk memastikan setiap sekolah kembali menjadi tempat yang aman, selamat, dan kondusif untuk perkembangan sahsiah serta pembelajaran murid.
Shatesh Kumar Sangar
Ketua Putera MIC Kebangsaan
Ringkasan AI
- Statistik SSDM KPM menunjukkan peningkatan kes buli sekolah dari 3,883 kes (2022) kepada 6,528 kes (2023), menjadikan jumlah keseluruhan 7,681 kes yang membimbangkan dan menggambarkan persekitaran sekolah semakin tidak selamat.
- Putera MIC Kebangsaan mengkritik kelewatan tindakan KPM dan ketiadaan dasar intervensi kukuh, serta menggesa pelaksanaan Dasar Sekolah Selamat yang merangkumi pelaporan wajib, intervensi awal dan sokongan psikososial.
- Merujuk kejayaan Korea Selatan dan Finland dalam menurunkan kadar buli melalui dasar jelas dan intervensi berstruktur, Malaysia diseru agar melaksanakan dasar berkesan dengan kesungguhan politik serta menyokong kempen #MakeSchoolsSafeAgain.