Maklumat Anwar diperkenan menghadap YDP Agong tidak benar

Astro Awani
Julai 31, 2021 05:54 MYT
Menurut Istana Negara, maklumat berkenaan yang mendakwa Ahli Parlimen Port Dickson itu menghadap Tuanku di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang, adalah palsu. - Foto Istana Negara
KUALA LUMPUR: Sumber rapat kepada Istana Negara hari ini menyifatkan maklumat berkaitan jemputan diberikan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, adalah tidak benar.
Maklumat berkenaan mendakwa Ahli Parlimen Port Dickson itu akan menghadap Tuanku di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang.
Terdahulu, Astro AWANI memetik sumber sebagai berkata, pertemuan itu dijadualkan berlangsung hari ini.
Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai isi pertemuan itu serta pukul berapa ia akan berlangsung.
Setakat ini Astro AWANI masih cuba mendapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Ketua Pembangkang.
#Anwar Ibrahim #Yang di-Pertuan Agong #pembangkang #Parlimen #Astro Awani #Politik Malaysia