JOHOR BAHRU: Maklumat disampaikan media memainkan peranan besar dalam usaha membanteras rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata maklumat dalam bentuk berita, rencana, artikel di media cetak, radio dan televisyen membantu dari segi pendidikan, pengajaran, amaran mahupun pembongkaran kes rasuah.
"Media juga menjadi perantara bagi pihak berkuasa dan masyarakat untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan berguna.
"Aliran maklumat yang sahih dan membina adalah teras sebuah masyarakat dan negara berintegriti, maju dan berkembang," katanya ketika berucap pada majlis makan malam SPRM bersama Kelab Media Johor di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengarah SPRM negeri Johor Datuk Azmi Alias dan Presiden Kelab Media Johor Mohamad Fauzi Ishak.
Azam berkata media juga dikenali sebagai the fourth estate, selepas badan eksekutif, legislatif, dan badan kehakiman, yang memainkan peranan check and balance (semak dan imbang) dengan memantau secara kritikal untuk mengimbangi kuasa dalam masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022

Azam berkata media juga dikenali sebagai the fourth estate, selepas badan eksekutif, legislatif, dan badan kehakiman, yang memainkan peranan check and balance. - Gambar fail

Kes 34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

SPRM: Institusi kewangan diseru salur maklumat transaksi mencurigakan
Institusi kewangan perlu menyalurkan maklumat kepada SPRM sekiranya terdapat kemasukan wang dalam jumlah yang banyak serta mencurigakan bagi menangani jenayah rasuah di negara ini.

RM5.1 bilion aset lucut hak pulang ke Malaysia, 99.57 peratus berkaitan 1MDB
Siasatan SPRM juga telah membawa 152 kes pelucuthakan harta dikendalikan di mahkamah dengan 121 daripadanya telah selesai.

Astro AWANI menang Anugerah Media SPRM 2021
Kemenangan menerusi artikel bertajuk 'Rasuah terapung di tengah laut'.

SPRM sangkal dakwaan kes salah guna kuasa tiga pegawai Mara Corp akan digugur
Ketua Pesuruhjaya SPRM menyangkal dakwaan sebuah portal kononnya kes salah guna kuasa membabitkan tiga pegawai Mara Corp akan digugurkan.

SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19
Azam berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.

SPRM siasat perolehan berkaitan COVID-19 - Azam Baki
Azam berkata, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

SPRM buka 379 kertas siasatan, tahan 425 individu setakat April tahun ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 379 kertas siasatan dan menahan 425 individu setakat April tahun ini. K

Usaha bawa pulang dana 1MDB belum selesai - Azam Baki
Usaha untuk membawa pulangan setiap sen dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng masih belum selesai.

Koo Ham persoal siasatan ke atas Hakim Mohd Nazlan tanpa syak wasangka
Penyiasatan hanya boleh dimulakan sekiranya wujud syak wasangka atau maklumat yang diterima bahawa suatu kesalahan telah dilakukan.

Rasuah institusi automatif: Pelbagai aspek disiasat SPRM
Siasatan itu termasuk membuat siasatan forensik terhadap akaun syarikat yang terlibat di dalam kes berkenaan.