Maklumat wanita dirogol enam lelaki tersebar di laman sosial tidak benar - Polis

Bernama
Jun 6, 2015 02:08 MYT
Penyebaran maklumat kononnya seorang wanita dirogol enam lelaki selepas diberikan dadah jenis 'Rohypynol' dan 'Progesterex' yang tersebar dalam laman sosial adalah palsu.
Penyebaran maklumat kononnya seorang wanita dirogol enam lelaki selepas diberikan dadah jenis 'Rohypynol' dan 'Progesterex' yang tersebar dalam laman sosial adalah palsu, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi PDRM berkata hasil semakan setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan perkara itu.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan ketakutan serta kegusaran kepada masyarakat.
Sesiapa yang disyaki menyebarkan maklumat palsu
#Asmawati Ahmad #maklumat palsu #PDRM #progesterex #rohypynol