awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makmal komputer di Kampus Kejuruteraan USM terbakar

Bernama
Bernama
14/01/2024
07:50 MYT
Makmal komputer di Kampus Kejuruteraan USM terbakar
Kebakaran itu melibatkan sebuah bilik makmal komputer dengan anggaran keluasan bangunan kira-kira 83 meter persegi. - Gambar/ JBPM
NIBONG TEBAL: Sebuah bilik makmal komputer di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini terbakar dan hampir musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.
Namun tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran itu kerana semasa kejadian tiada sesiapa di dalam makmal tersebut.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.10 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal terus ke lokasi kebakaran.
Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah bilik makmal komputer dengan anggaran keluasan bangunan kira-kira 83 meter persegi dan api sedang marak.
"Pihak bomba menjalankan kerja pemadaman dan kemusnahan makmal komputer akibat kebakaran itu lebih 60 peratus.Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 10.41 pagi dari merebak ke bangunan lain di situ," katanya di sini hari ini.
Menurutnya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#USM
#kampus kejuruteraan
#insiden kebakaran
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan