awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun

Malaysia-AS: ABIM serah memorandum, gesa hubungan berasaskan maruah dan keadilan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/10/2025
11:00 MYT
Malaysia-AS: ABIM serah memorandum, gesa hubungan berasaskan maruah dan keadilan
Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat mesti dibina atas prinsip saling menghormati kedaulatan serta maruah negara.
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama hampir 16 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang pertemuan rasmi beliau dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 26 Oktober ini.
Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, memorandum tersebut antara lain menggariskan beberapa pendirian penting mewakili suara masyarakat sivil Malaysia menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Beliau berkata, ABIM menzahirkan sokongan terhadap usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara, namun menegaskan hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat mesti dibina atas prinsip saling menghormati kedaulatan serta maruah negara, tanpa mengorbankan kepentingan rakyat.
“Kita menyokong langkah Perdana Menteri dalam memperkukuh ekonomi, tetapi hubungan dua hala mesti berteraskan nilai keadilan sosial, pembangunan manusia secara inklusif, dan tidak tunduk kepada tekanan luar,” katanya yang menyerahkan sendiri memorandum berkenaan kepada perdana menteri selepas solat Jumaat.
Ahmad Fahmi turut menegaskan agar Malaysia terus memainkan peranan aktif di peringkat serantau, khususnya sebagai pusat keamanan ASEAN dan mediator dalam menangani isu-isu seperti konflik di Myanmar, krisis Rohingya dan ketegangan di Laut China Selatan.
“Pendekatan diplomasi berprinsip yang dibawa oleh Perdana Menteri penting untuk memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang aman, bebas dan berkecuali,” ujarnya.
Selain itu, ABIM juga menzahirkan sokongan terhadap ketegasan kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan memperkukuh suara kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
“Malaysia mesti terus menolak dasar luar Amerika Syarikat yang menyokong pendudukan haram Israel, serta mendesak pembaharuan terhadap sistem antarabangsa yang berat sebelah,” katanya lagi.
Memorandum itu turut menggesa agar Malaysia terus memperkukuh diplomasi Nurani Dunia, sekali gus menjadikan negara sebagai suara keadilan sejagat di pentas global.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.