Skip to main content

Malaysia

Malaysia Airlines dinobat syarikat penerbangan MICE terbaik dunia dan Asia

Anugerah itu disampaikan pada majlis gala World MICE Awards yang berlangsung di Princess Grand Jamaica pada 12 Oktober lalu. - Foto Malaysia Airlines
Anugerah itu disampaikan pada majlis gala World MICE Awards yang berlangsung di Princess Grand Jamaica pada 12 Oktober lalu. - Foto Malaysia Airlines

Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mencatat sejarah apabila memenangi dua pengiktirafan utama sebagai World’s Best MICE Airline 2026 dan Asia’s Best MICE Airline 2026 pada World MICE Awards 2026.

Anugerah itu disampaikan pada majlis gala World MICE Awards yang berlangsung di Princess Grand Jamaica pada 12 Oktober lalu.

Pengiktirafan tersebut mengiktiraf peranan Malaysia Airlines dalam sektor mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE), selain mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan strategik kepada industri pelancongan dan perjalanan korporat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Bryan Foong, berkata pencapaian itu merupakan satu detik penting dalam usaha syarikat untuk terus memperkukuh penawaran produk dan meningkatkan keyakinan rakan industri.

“Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian penting untuk Malaysia Airlines dan kami akan terus mempertingkatkan penawaran serta memperkukuh hubungan dengan rakan industri,” katanya.

Selain sektor MICE, Malaysia Airlines dan MAG turut meraih pelbagai pengiktirafan antarabangsa dalam bidang pengalaman pelanggan, prestasi pusat hubungan pelanggan serta kekuatan jenama.

Dari sudut operasi, syarikat penerbangan itu merekodkan purata prestasi ketepatan masa (OTP) sebanyak 91.70 peratus setakat tahun ini dengan pencapaian tertinggi 94.16 peratus direkodkan pada September 2026.

MAG menyasarkan Malaysia Airlines berada dalam kelompok 10 syarikat penerbangan terbaik dunia menjelang 2030 menerusi pelaburan berterusan dalam produk, armada, rangkaian penerbangan, operasi dan pengalaman pelanggan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement