Skip to main content

Malaysia

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Jeddah, Madinah esok

Syarikat penerbangan nasional itu memaklumkan penumpang yang menuju ke atau dari dua destinasi berkenaan dinasihatkan untuk membuat semakan jadual penerbangan mereka. - Gambar fail/Bernama
Syarikat penerbangan nasional itu memaklumkan penumpang yang menuju ke atau dari dua destinasi berkenaan dinasihatkan untuk membuat semakan jadual penerbangan mereka. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan berjadual ke Jeddah dan Madinah bermula 18 Oktober selepas penilaian keselamatan dan risiko operasi.
  • Penumpang dinasihatkan menyemak jadual penerbangan serta mengemas kini butiran perhubungan melalui laman web, aplikasi mudah alih, atau menghubungi ejen pelancongan masing-masing.
  • Malaysia Airlines sebelum ini membatalkan penerbangan ke Jeddah dan Madinah dari 12 hingga 17 Oktober susulan serangan ke atas lapangan terbang di Arab Saudi.

PUTRAJAYA: Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan berjadual dari dan ke Jeddah serta Madinah, Arab Saudi berkuat kuasa esok (18 Okt) susulan semakan keselamatan dan penilaian risiko operasi yang menyeluruh.

Syarikat penerbangan nasional itu memaklumkan penumpang yang menuju ke atau dari dua destinasi berkenaan dinasihatkan untuk membuat semakan jadual penerbangan mereka dan memastikan butiran perhubungan dikemas kini melalui ciri "My Booking" di laman web atau aplikasi mudah alih.

"Penumpang yang membuat tempahan melalui platform pihak ketiga atau ejen pelancongan dinasihatkan untuk menghubungi penyedia tempahan masing-masing secara langsung tentang pengaturan perjalanan mereka," menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan, hari ini.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menggunakan ciri "Live Chat" di laman web atau menghubungi Pusat Hubungan Global menerusi 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (antarabangsa).

Syarikat penerbangan itu juga berterima kasih kepada penumpang atas kesabaran dan pemahaman mereka sepanjang tempoh penggantungan penerbangan ke dua destinasi berkenaan.

Malaysia Airlines akan terus memantau perkembangan di rantau ini dengan teliti, serta sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan anak kapal.

Sebelum ini, Malaysia Airlines membatalkan semua penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Jeddah serta Madinah mulai 12 Okt hingga 17 Okt susulan beberapa siri serangan terhadap lapangan terbang di Arab Saudi.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement