awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 30 peratus

Bernama
Bernama
28/09/2018
10:35 MYT
Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 30 peratus
Tambang murah ke Bali melalui penerbangan Malaysia Airlines. - Gambar fail
MALAYSIA Airlines Bhd menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi perjalanan antarabangsa dan domestik sempena Pameran Matta di Pulau Pinang.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu mengumumkan tambang pergi balik terangkum bagi kelas ekonomi dan antarabangsa boleh ditawarkan serendah RM1,029 (ke Taipei dan Bengaluru) bagi penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
“Destinasi lain termasuk Seoul (RM1,369), Brisbane (RM1,869) dan London (RM2,929).
“Pelanggan juga boleh menempah tiket penerbangan lebih awal bagi perjalanan lebih hebat tahun depan kerana tempoh perjalanan ke destinasi dinyatakan akan hanya bermula pada 1 Oktober 2018, hingga 31 Ogos 2019,” katanya.
Pelanggan juga boleh menempah tiket penerbangan untuk meneroka destinasi popular di Asia Tenggara daripada serendah RM749 ke Phnom Penh atau Surabaya dan RM849 ke Bali untuk penerbangan mulai 28 September 2018, hingga 31 Ogos 2019.
Pelanggan yang tidak berkesempatan menghadiri Pameran Matta di Pulau Pinang dan Sibu, boleh mendapatkan harga tambang seumpama ini bagi destinasi terpilih menerusi laman web Malaysia Airlines, www.malaysiaairlines.com dan aplikasinya bermula sekarang hingga 3 Oktober 2018
Topic Berkaitan
#Bali
#Bengaluru
#Brisbane
#ekonomi
#London
#Malaysia Airlines
#penerbangan
#Phnom Penh
#pulau pinang
#Seoul
#Sibu
#Surabaya
#Taipei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan