awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan terus bersolidariti demi Palestin - MBM

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
02/03/2024
08:10 MYT
Malaysia akan terus bersolidariti demi Palestin - MBM
Hasnul ditemui sempena penganjuran Himpunan Mega Rakyat Demi Palestin yang berlangsung di ibu negara, pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) mengulangi pendirian untuk terus bersolidariti bersama rakyat Palestin.
Setiausaha Agungnya, Hasnul Haniff berkata, ini kerana dunia dan Malaysia tidak pernah berputus asa menyatakan solidariti buat warga Palestin yang ketika ini terus diasak kekejaman rejim Zionis.
“Kita bersyukur sebenarnya kerana pemimpinan dan rakyat Malaysia terus berganding bahu sama-sama menentang keganasan Israel kepada Palestin.
“Ada di sesetengah negara di mana rakyatnya bersolidariti namun pemimpinnya mendiamkan diri dalam isu ini.
“Malah ada juga negara di mana kepimpinannya bersuara namun rakyatnya tidak bersama dalam isu ini, untuk itu, saya bersyukur kerana rakyat Malaysia terus bersatu hati, menyatakan rasa semangat kepada rakyat Palestin,” katanya sewaktu ditemui sempena penganjuran Himpunan Mega Rakyat Demi Palestin yang berlangsung di ibu negara, pada Sabtu.
Pada masa sama Hasnul berkata, MBM dan beberapa rakan NGO lain telah menghantar satu memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi menggesa gencatan senjata disegerakan.
“Kita mahukan gencatan senjata disegerakan menjelang bulan Ramadan ini dan mahu umat Islam dan masyarakat global menghormati bulan yang mulia ini.
“Selain itu, kami juga mahukan warga Palestin boleh menjalani kehidupan seperti biasa pada bulan Ramadan.
“Memorandum tersebut menggesa agar PBB bertindak segera dan menghantar peacekeeper mereka supaya gencatan senjata ini dapat disegerakan,” ujarnya lagi.
Selain MBM, perhimpunan hari ini turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Majlis Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat, Sekretariat Palestin Malaysia (SPM), Pertubuhan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Topic Berkaitan
#majlis belia malaysia
#bersolidariti untuk rakyat Palestin
#Hasnul Haniff
#Himpunan Mega Rakyat Demi Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan