awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan terus majukan hubungan dua hala dengan Thailand - PM Anwar

Bernama
Bernama
04/12/2022
11:43 MYT
Malaysia akan terus majukan hubungan dua hala dengan Thailand - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan rakan sejawatnya dari Thailand Prayut Chan-o-Cha. - Foto Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan rakan sejawatnya dari Thailand Prayut Chan-o-Cha, untuk memajukan lagi hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Thailand.
Anwar berkata demikian mengulas perutusan tahniah daripada Prayut atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 di Facebook.
"Thank you my friend Prime Minister Prayut Chan-o-Cha for your kind wishes (Terima kasih sahabat saya Perdana Menteri Prayut Chan-o-Cha atas ucapan anda)," katanya sambil memuat naik surat ucapan tahniah daripada Prayut.
Prayut dalam suratnya berkata beliau berharap dapat bekerjasama rapat untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala termasuk menjalin kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.
"Saya yakin Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah visi dan kepimpinan anda dan hubungan kejiranan akan terus berkembang dan menghasilkan banyak manfaat bersama yang meluas untuk rakyat dan rantau kita," kata Prayut.
Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 24 Nov.
Pada Februari, Malaysia dan Thailand mengesahkan komitmen mereka untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan dua hala, bekerjasama rapat mencapai sasaran perdagangan dua hala US$30 bilion menjelang 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Hubungan dua hala
#Thailand
#Prayut Chan-O-Cha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan