PUTRAJAYA: Malaysia mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi dan solidaritinya terhadap rakyat Palestin serta perjuangan mereka untuk penentuan nasib sendiri, kebebasan dan kemerdekaan.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata demikian sempena Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin yang disambut pada 30 Nov setiap tahun.
Tahun ini adalah tahun ke-44 sejak Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperkenalkan sambutan tersebut.
Beliau berkata, hari itu terus memberi ingatan memedihkan mengenai tanggungjawab masyarakat antarabangsa yang belum selesai dalam menamatkan isu Palestin.
"Malaysia bersama masyarakat antarabangsa teguh berdiri serta bersatu dengan tujuan yang sama untuk mencari jalan bagi penyelesaian yang aman, adil dan berkekalan untuk Palestin dan rakyatnya," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar ( Wisma Putra) di sini hari ini.
Justeru, beliau berkata, Malaysia akan terus aktif meneruskan agenda Palestin secara dua hala serta terlibat dalam pelbagai forum serantau dan antarabangsa ke arah aspirasi rakyat Palestin, demi kebebasan dan merealisasikan negara Palestin berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, sebagaimana disepakati di peringkat antarabangsa, undang-undang antarabangsa, dan resolusi PBB yang berkaitan.
"Sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan Palestin juga sebagai mengiktiraf aspirasi generasi baharu aktivis Palestin ke arah merealisasikan hasrat rakyat Palestin untuk kebebasan dan negara Palestin yang merdeka.
"Rakyat Palestin sudah mengalami penderitaan yang amat teruk akibat pendudukan dan sekatan Israel serta dasar perkauman dan diskriminasi, penafian hak asasi sivil; kekerasan; merampas tanah dan harta benda serta tindakan tidak berperikemanusiaan yang lain.
"Rakyat Palestin berhak mendapat keadilan dan keamanan. Komuniti global berhutang kepada mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
Malaysia bersama masyarakat antarabangsa teguh berdiri serta bersatu dengan tujuan yang sama untuk mencari jalan bagi penyelesaian yang aman, adil dan berkekalan untuk Palestin dan rakyatnya, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.