KUALA LUMPUR: Tiada gelombang haba berlaku di Malaysia setakat hari ini, bagaimanapun negara ketika ini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Jabatan itu memaklumkan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk status gelombang haba di seluruh negara dan menyebarkan maklumat kepada agensi berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan dan persiapan menghadapi bencana.
"Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai, tiada kawasan di negara ini yang terdedah dengan sebarang gelombang haba," menurut kenyataan MetMalaysia menerusi e-emel hari ini mengenai cuaca panas dialami negara pada masa ini.
Selain itu, MetMalaysia memberitahu stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu lebih daripada 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, justeru pihaknya tidak menjangkakan suhu akan melebihi 40 darjah Celsius.
Jelasnya, 40.1 darjah Celsius adalah suhu tertinggi direkodkan di Malaysia ketika fenomena El Nino terkuat melanda negara pada 1998.
"Dari segi perubahan cuaca, kami menjangkakan berlaku hujan lebat, angin kencang dan kelembapan tinggi pada pertengahan September disebabkan Malaysia sedang beralih monsun khususnya di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung selain pantai barat Sabah dan wilayah tengah dan barat Sarawak," menurut MetMalaysia.
Sementara itu, Pakar Klimatologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Fredolin Tangang berkata gelombang haba di Malaysia dikaitkan dengan kebolehubahan cuaca iaitu Madden-Julian Oscillation (MJO) dan El Nino.
"Madden-Julian Oscillation adalah fenomena biasa, yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20 ke 60 hari. Semasa Monsun Barat Daya, ia boleh meningkatkan suhu satu ke dua darjah hingga sekitar bawah 40 darjah Celsius bergantung kepada kawasan. Malah, kita sudah mengalaminya sekarang," katanya menerusi e-mel.
Beliau berkata ini adalah kejadian biasa disebabkan oleh pengaruh pusat perolakan MJO yang dipertingkat, membawa ketidakstabilan kelembapan dan cuaca ke Malaysia dan selepas itu, pusat perolakan dipertingkat ini disusuli oleh pusat perolakan dikurangkan yang menyebabkan cuaca panas dan kering di Malaysia.
Beliau berkata ini bukanlah gelombang haba yang luar biasa kerana Madden-Julian Oscillation adalah fenomena berulang yang menyederhanakan suhu basah-kering di negara ini.
Seorang lagi pakar perubahan iklim, Renard Siew berkata gelombang haba ini bukan sesuatu yang baharu kerana ia berlaku setiap tahun dengan variasi.
"Kesan pulau haba bandar (kawasan bandar mengalami suhu lebih tinggi daripada kawasan luar bandar), juga satu lagi penyebab peningkatan suhu," katanya.
Beliau berkata dari sudut pandang perubahan iklim, ia tidak banyak memberi kesan daripada perspektif pemanasan global, bagaimanapun ia juga menyebabkan inter variability of rainfall (kawasan yang biasanya mendapat jumlah air yang banyak tidak lagi mendapat taburan hujan yang banyak seperti dahulu).
Menurutnya, oleh kerana ia adalah kejadian biasa, gelombang haba ini perlu dipantau turun naik suhunya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
Renard Siew berkata gelombang haba ini bukan sesuatu yang baharu kerana ia berlaku setiap tahun. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
El Nino beri cabaran besar kepada pengeluaran keselamatan makanan di Sabah
Fenomena El Nino, memberi cabaran besar kepada pengeluaran keselamatan makanan di Sabah.
Lapan kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga di Utara Semenanjung
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.
Tangguh aktiviti luar bilik darjah jika El Nino bertambah buruk - Wong
Kah Woh berkata pihaknya tidak mahu sebarang perkara di luar jangkauan berlaku terutama membabitkan kesihatan para pelajar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APM terima peningkatan panggilan berkaitan ular sepanjang El Nino
Jumlah kes membabitkan tangkapan replitia itu dijangka meningkat susulan amaran gelombang haba tahap dua di Pokok Sena.
Industri padi perlu bersedia hadapi cuaca lebih panas tahun hadapan
Industri tanaman padi negara perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan cuaca lebih panas tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Air Empangan Timah Tasoh mampu bertahan untuk 90 hari
Bacaan paras air ETT berada pada paras 28.57 meter atau 25.5 juta liter padu di mana baki keseluruhan takungan air adalah sekitar 84 peratus.
Malaysia alami cuaca panas, kering pada penghujung Monsun Timur Laut
Negara dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan susulan fasa akhir Monsun Timur Laut.