MALAYSIA
Malaysia alu-alukan resolusi PBB sahkan obligasi Israel di Palestin
Malaysia menegaskan keperluan Israel melindungi hak mutlak rakyat Palestin serta menghormati keistimewaan dan kekebalan PBB selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, yang mengesahkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 22 Oktober lalu mengenai obligasi Israel terhadap PBB, organisasi antarabangsa lain serta negara-negara ketiga, di Wilayah Palestin Yang Diduduki.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, resolusi tersebut menerima sokongan padu negara anggota PBB dengan memperoleh 139 undi, sekali gus mencerminkan pendirian tegas masyarakat antarabangsa dalam menegakkan undang-undang antarabangsa.
Menurut Wisma Putra, resolusi yang diterajui oleh negara-negara sepemikiran termasuk Malaysia itu menzahirkan komitmen kolektif masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan sepenuhnya dan dengan segera dapatan ICJ sebagaimana terkandung dalam Pendapat Nasihat berkenaan.
Malaysia turut menuntut Israel supaya mematuhi semua obligasinya di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk memastikan akses bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin tanpa sebarang sekatan, khususnya melalui Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), organisasi antarabangsa serta negara anggota PBB.
Selain itu, Malaysia menegaskan keperluan Israel melindungi hak mutlak rakyat Palestin serta menghormati keistimewaan dan kekebalan PBB selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
Wisma Putra menambah, Malaysia akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi memastikan penyelesaian yang adil, komprehensif dan berkekalan terhadap isu Palestin, selaras dengan undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi PBB yang berkaitan.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Malaysia menyokong resolusi PBB mengenai obligasi Israel terhadap PBB di Wilayah Palestin Yang Diduduki, menunjukkan sokongan padu dengan 139 undi dari negara anggota PBB, menggambarkan kesungguhan masyarakat antarabangsa dalam menegakkan undang-undang antarabangsa.
- Wisma Putra menekankan komitmen kolektif masyarakat antarabangsa untuk segera melaksanakan dapatan ICJ sebagaimana terkandung dalam Pendapat Nasihat mahkamah tersebut.
- Malaysia menuntut agar Israel mematuhi obligasi undang-undang antarabangsa, termasuk memastikan akses bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin tanpa sekatan, serta melindungi hak mutlak rakyat Palestin dan menghormati keistimewaan PBB selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.