NATIONAL
Malaysia ambil pendekatan bersistematik tangani impak tarif AS - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Temu Anwar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Management and Science University (MSU), Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan komited untuk melindungi ekonomi negara menerusi pendekatan pantas, cekap dan kreatif dalam usaha menangani ketidaktentuan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata salah satu langkah yang diambil di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi adalah dengan mengarahkan bangunan sektor awam mendapatkan sumber bahan daripada syarikat tempatan, sekali gus menjamin ketahanan industri domestik.
"Presiden AS (Donald) Trump berkata solar (tidak boleh) dieksport ke AS kerana terdapat syarikat China yang berpangkalan di sini, tetapi ada negara lain (untuk dijual), sebab itu arahan kita semua sekolah, universiti, hospital menggunakan panel solar buatan Malaysia, yang bermakna kita mungkin boleh mengurangkan sebahagian daripada potensi masalah yang mungkin kita hadapi," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog Temu Anwar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), di sini, hari ini.
Anwar berkata kerajaan juga berusaha untuk melindungi industri semikonduktor negara kerana ia merupakan antara produk eksport bernilai tinggi berjumlah kira-kira RM40 bilion melalui perkongsian strategik dan penerokaan pasaran di peringkat global.
"Sejak saya mengambil alih (pentadbiran) hampir dua tahun, kita mengadakan banyak lawatan untuk membuka pasaran baharu selain India, China, Korea dan Jepun. Kita meningkatkan perdagangan dalam ASEAN dan hubungan dengan negara lain contohnya Mesir.
"Kita juga kini sedang berusaha mempercepat perjanjian (Perjanjian Perdagangan Bebas - FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU)," kata beliau.
Terdahulu hari ini, semasa Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat bagi membahaskan mengenai isu tarif AS, Anwar melahirkan keyakinan bahawa asas ekonomi Malaysia yang kukuh akan membolehkan negara mengharungi ketidaktentuan global.
Beliau menegaskan pembaharuan struktur yang diperkenalkan di bawah Kerangka Ekonomi MADANI akan mengukuhkan keupayaan negara untuk menghadapi cabaran ekonomi global dan sentiasa bersedia menghadapi keadaan tidak menentu pada masa depan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan arah agensi awam guna produk tempatan seperti panel solar untuk lindungi industri dalam negara dari kesan tarif AS.
- Malaysia aktif buka pasaran baharu dan percepat rundingan FTA dengan EU demi lindungi eksport seperti semikonduktor.
- Anwar yakin asas ekonomi kukuh dan Kerangka Ekonomi MADANI mampu hadapi ketidaktentuan global.