awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia antara 10 negara pilihan rakyat China

Sinar Harian
Sinar Harian
29/12/2022
21:00 MYT
Malaysia antara 10 negara pilihan rakyat China
Bermula 8 Januari depan, warga China dibenarkan melancong ke luar negara tanpa perlu memberikan butiran perjalanan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Malaysia merupakan antara 10 negara pilihan rakyat China untuk melancong ke luar negara menerusi carian di laman web Trip.com Group.
Menurut laporan portal antarabangsa, pengendali laman web berkenaan turut menyenaraikan beberapa negara lain yang menjadi pilihan warga berkenaan iaitu Jepun, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, Australia, United Kingdom, Macao dan Hong Kong.
Sebelum ini Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada Isnin mengumumkan, pelancong yang tiba ke negara itu tidak lagi perlu dikuarantin bermula 8 Januari depan, sekali gus menamatkan polisi hampir tiga tahun.
Pihak berkuasa juga memaklumkan, warga China turut dibenar untuk melancong ke luar negara tanpa perlu memberikan butiran perjalanan.
Ketika wabak COVID-19 berleluasa, kerajaan negara itu tidak membenarkan warganya mendapatkan pasport atau meninggalkan negara itu, melainkan atas faktor penting seperti perniagaan.
Sementara itu pengendali laman web berkenaan turut mendedahkan, carian mengenai pelancongan luar negara meningkat tiga kali ganda selepas kerajaan China melonggarkan sekatan pergerakan dan polisi sifar COVID-19. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Malaysia
#China
#pilihan pelancong
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan